Saturday, January 22, 2011

Untung langkah kanan.


Assalamualaikum. Selamat petang Sabtu korang weh. Sihat ke weh? Cuti-cuti ni buat apa? Pergilah berjimba ke apa ke. HAHA

Kalau nak keluar pergi mana-mana jangan lupa langkah keluar rumah kaki kanan. Untung-untung dengan izin Allah dapatlah jugak keberkatan diluar sana nanti. Rezeki Allah di mana-mana ya kawan-kawan. 

Semalam keluar makan kat Wong Solo, Bangi. Siapa yang pernah makan kat sana? Ada yang suka & ada yang tak suka. Biasalah nama pun kedai makan. Ada orang selera dia macam ni, ada orang selera dia lain sikit. Aku? Aku layan je, makan je semua benda. Tolak batu & kayu je. HAHA. Selera dinoso (Camne eja dinoso?).

Wong Solo, Halalan Thayyiban.

So nak dijadikan cerita aku order lah ayam penyet (Sebab orang cakap ayam penyet dia sedap kan?) dengan air poligami. HAHA. Tak kahwin lagi tapi nak merasa poligami. Boleh tak? Air poligami tu dia kisar mangga, nenas & apricot. Wah wah. Mewah air aku semalam. Harga pun mewah RM6 segelas. Kawan aku pulak order ayam penyet dengan Air Walter Susu. Nama bukan main canggih padahal aku rasa air dia tu air carrot susu je pun. AHAHA. Harga kemain lagi sampai RM5.50.

Oh alamak! Air Poligami je takpe kan?

Tengah sedap-sedap makan (Sedap ke?), tetiba ada suami isteri sebelah meja makan aku tu panggil "Dik.. Dik.. Dik..". Bila aku toleh dia cakap "Adik nak tak lauk-lauk ni semua?" Aku cuaklah apa pasal nak bagi aku pulak, dah order makan la takkan pelawa kat aku then aku makan & aku kena bayar kot? HAHA. "Takpe, kitorang takleh nak makan la, tak kena dengan selera kitorang. Ambiklah, abang bayar.."

Fuh! Besar tapak tangan nyiru aku tadahkan. Aku pun ambiklah. Ingatkan saki baki makanan dia ke apa kan? Rupanya makanan tu dia rasa sikit je. Pastu can't go (Takleh bla) dah. Tak kena dengan selera katanya. HAHA. So ada la bertambah lauk-pauk aku makan semalam. Udang petai, telur dadar, ulam-ulam. Cukuplah tu, nak banyak-banyak order lain lah!

Rezeki. Keluar rumah langkah kaki kanan, niat elok-elok... InsyaAllah.

# Cuak jugak masa nak bayar semalam. Takut orang kat kaunter tu cakap "Oh tadi brader tu cakap lauk sekian-sekian masuk dalam bil korang..." HAHA. Nasib baik takde XD

8 comments:

Firdaus Alim said...

lame x update bhai heee

HonEyBuNNy said...

he2...air poligami pun ada...aiya...

nn said...

kat sana sambal sedap gila sebab pedas tapi rasa macam nasi sikit sangat so harga tak berbaloi. makan sekali sekala boleh lah. tapi kalau orang meja sebelah belanja best jugak boleh datang hari-hari. haha

haleinaitis0311 said...

lagi langkah kanan kalo ko belanje ak kan...;)

[ sHarpEx ] said...

sedap tak air poligami? tapi nape 3 perasa je. bukan maximum 4 ke? haha

lama weh ko xupdate blog. dah rasa berjaya dalam hidup ke? haha XD

AfiQ said...

amboi..air smpai 6 hengget!!! kaya topex skang!! hahaha.. pergh!! syok uh mkn free.. =)

AfiQ said...

amboi..air smpai 6 hengget!!! kaya topex skang!! hahaha.. pergh!! syok uh mkn free.. =)

kembatolo™ said...

rezeki semayang subuh awal kot? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...