Sunday, January 23, 2011

Anak Steado Deado


Mungkin yang mana duk dalam friend list aku kat facebook dah tahu dah yang Steado Deado (Guinea Pig) peliharaan aku dah selamat mem-beranak-kan dua ekor anak. Ok Steado je yang beranak. Deado tu jantan. Nak beranak apakejadahnya? Buat anak je pandai. Haish.


Ok ni nak cerita sikit. Untuk pengetahuan semua, anak Guinea Pig ni bukan macam anak Hamster yang baru lahir. Ramai yang tanya aku kenapa anak Steado Deado dah ada bulu & dah agak besar. Diorang ingat anak Guinea Pig macam anak anak Hamster yang baru lahir. Tak ada bulu, mata tertutup, tak boleh jalan. Lain ok. Tak caya tengok gambar anak Steado Deado kat bawah ni.

Steady!

Deady!

Tu hah dua ekor budak baru lahir. Nama Steady Deady. Setakat ni aku check yang Si Steady tu betina. Yang Deady tu jantan. Tak tahulah kot-kot lepas ni berubah! HAHA. Bukan apa, susah nak cam sama ada diorang ni jantan ke betina masa umur macam ni. Lagi satu, Steady tu kalau tengok sekarang rasanya dia ikut Si Deado jenis American. Si Deady pulak ikut mak dia jenis Abyssinian so bulu dia serabut serabai lah!

Haaa, kat bawah ni pulak contoh gambar anak Hamster yang baru lahir.

Gambar dari google. Keciklah pulak gambarnya!

Jauh sungguh bezanya. Ketara kan?

Hah lupa pulak aih! Gambar Steady Deady tu aku tangkap masa umur dia sehari. Umur baru sehari, tapi nak tangkap pun dah payah. Lincah macam hantu. Geram aku! Jangan kata umur sehari dah lincah macam tu! Bila dah selamat keluar dari perut Steado, bila dah kering pun terus lincah! HAHA. Serius~! Lepas ni korang jangan pelik dah kalau tengok anak Guinea Pig lahir lahir je terus boleh jalan & boleh belajar gigit-gigit dah! Diorang ni dah belajar makan timun dah pun!

Sekarang Steado bawak perut kempis dah sambil cakap "Lihat perutku, kempiskan???.." Dah tak main dah perut-perut buncit ni. Berat katanya. HAHA. Deado pulak terpaksa diasingkan sebab dia gila seks asyik nak mengawan. Gila ke apa aku nak biarkan? Ingat Steado tu tempat buat anak ke Deado? Hah? HAHA.

Untuk elak kemurungan melampau buat Deado, sekarang kena selalu layan dia main-main. Geletek perut dia, usap-usap, belai-belai.. Suka la tu Deado tu! Haish sabo je la. Kesian jugak kat dia duk sorang-sorang sekor-sekor. Tapi nak buat macam mana, nanti pendek umur pulak Si Steado kalau biarkan Deado ni duk ngan dia. Ingat eh siapa-siapa yang bela Guinea Pig lepas ni, jangan biarkan si bapak duduk dengan family dia. HAHA. Asingkan dulu. Bagi masa untuk yang betina tu rileks dulu. Pantang dulu apa semua. Ok?

Sekarang bertambah lagi anak-anak bawah jagaan aku. Bertambah peranan sebagai seorang ayah mithali. Erkk! -_-"

# Steady Deady, Steado Deado.. Aiyo berbelit lidah. HAHA

6 comments:

Aeron Yon said...

Haha.ape susah dari la Nanny McPee soh jage anak ko~ HAHAHA.

maya.sumaiyah said...

weh. bagik la aku jge steady deady. hoho. nanti aku pulangkan balik. :P

HonEyBuNNy said...

comei2....tp geli la tgk gambar anak2 dia time kecik..ehheh

♥CIK SHA♥ said...

comelnye!!nak sekor..aku nak steady boleh tak??steady comel oh!

© bLurr said...

bagi deady kat aku laaaa ! HAHA

░♥si lampu neon♥░ said...

jeles gakkk ko bele beranak je..aku bela tak beranak ponn

Check it out Entri Paling Best !
# Siapa Suka Makan Roti Milo ?#
# Frame Ikea Dari Blogger Eqbalzack#
# Pekerja Sambilan Diperlukan !#
# Tak Suka Jalan DI One Utama ! #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...