Monday, January 24, 2011

Suka buat apa?


Assalamualaikum.

Korang suka buat apa eh kalau ada masa? Aku? Aku kalau cakap pasal suka buat apa biasanya yang terlintas kat kepala otak aku dah tentu pasal hobi, pasal minat. Semua orang ada minat, ada hobi masing-masing. Kalau tak ada minat bukan orang agaknya. Mungkin dia tu peti ais. Tak pun mesin basuh.

Aku sendiri dah tentu ada minat sendiri. Ada hobi sendiri. Eh minat dengan hobi lain ke sama? Lebih kuranglah tu. Bagi lah peluang kat aku betul sikit. HAHA. Mungkin tak ramai yang tahu yang aku minat gila mancing. Start dari kecik sampai sekarang minat mancing tu tak pernah lekang dalam lutut aku ni. 

Dulu masa kecik-kecik, masa sekolah rendah sekolah menengah, balik sekolah je kebanyakan masa aku habis kat tepi sungai, kat tepi paya, kat tepi pantai. Memancing je kerjanya. Umpan? Curi ikan, sotong atau udang yang mak aku buat jual. Kalau kena marah cakap "Kucing makan kot?". HAHA.

Minat memancing ni tak dapat aku teruskan sangat bila dah masuk universiti ni. Busy kononnya. Tapi kalau balik kampung time cuti memang curi-curi jugak masa untuk memancing. Gian kot. Bila dah makin berumur ni (Tapi muda lagi), minat bertambah-tambah. Minat pada blog, minat pada komputer, minat pada gadget dah tentu. Dan sekarang minat rasanya pada fotografi. Minat tidur lebih masa. Minat banyak sangat! Cis! 

Tapi kan, bila minat dah banyak sangat, rasa macam masa yang kita ada ni tak pernah nak cukup. Dalam satu-satu masa rasa nak memancing, rasa nak blogging, rasa nak godek-godek komputer, rasa nak ambik gambar sana sini. Belum masuk lagi rasa nak pergi jalan-jalan berjimba meronggeng tak tentu hala tu! Haa.

Ya itulah. Rasanya sekarang kalau boleh nak tumpu pada satu je. Tak tahulah apa agaknya. HAHA. 

Kawan-kawan pulak ada minat lain-lain. Ada yang minat main game. Oh aku dah pernah try ni. Tak boleh teruskan lah. Minat main Dota dulu dah hilang sebab asyik kalah je. Tambah-tambah lagi bila lawan Alep . Budak lelaki sebelah bilik (Makan Dota, Tidur Dota, Minum Dota, Gila Dota). Bukan budak lelaki sebelah pintu ya! Budak lelaki sebelah pintu tu gila blog agaknya. Blog dia buat aku jeles je. Jom hack blog dia nak? HAHA gurau je lah. Kang dia ajak konco-konco dia serang aku kang mati katak je blog aku. Dia ada orang kuat nama Afiq. HAHA. Ok gurau lagi. Haish cari pasal betul lah.

Joran ada kat bilik ni sebenarnya. Ingat kalau ada masa nanti nak pergi je mana-mana port yang boleh lepak-lepak mancing. Best woh. Sape nak join jom jom jom! 

500D pun ada kat dalam bilik ni. Ingat kalau jadi pergi mancing nanti, nak bawak dia sekali boleh shoot sana sini sikit. Haa kan dah boleh teruskan dua minat dalam masa yang sama.

Sambil menyelam kentut dalam air. Jangan sambil menyelam minum air. Mati lemas nanti.

Nah tempek gambar sikit.
Light Trail.
Baru belajar.

Rasa macam nak tukar dot com la sikit masa lagi. Tapi takot tak berapa nak ada masa jugak nak layan blog ni. HAHA. Banyak betul benda nak buat. Haish! Fokus sikit-sikit lah Topex! :P

# Ya itulah, kadang kala kita rasa kita busy gila, padahal kita cuma kelam kabut.
# Hilang tempo nak menaip entri..-_-"

9 comments:

AfiQ said...

hahahhahahaha.. bongok ko topex... tapi, ak sebenarnye, terharu.. x sangka nama ku yg sekadar di pinggiran ni, di sebot kat blog yg menjadi pujaan hatiku dari duluuu lagi... hahahahaahhaa.. =P

Skycruiser said...
This comment has been removed by the author.
Alepela said...

haa,komen remove atas ni aku pny,salah account,xP..

wei,aku dah lme xmaen dota la..bz gak r..siut je ko..=.=..aku dah x segila dlu..T_T..cdey aku ko xnk maen sbb kalah ngn aku..haiyo

MrZuRied said...

alip jom men dota..ajak syafiq skli...topex ngan yon pon join..haha

Alepela said...

haha,jom2..topek kompem xnk 2..bz jage anak dia..wakaka~

Alepela said...

haha,jom2..topek kompem xnk 2..bz jage anak dia..wakaka~

♥CIK SHA♥ said...

gambar smart!

betul ah..sebenarnye kalau diikutkan kite bukan bz sgt pun..cuma kelam kabut dan tak berapa nak bijak manage masa..kan?

Privacy_Resident said...

testing!

Jom singgah entri baru! :Suka buat apa?

Cik Shazie said...

betul betul betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...