Monday, April 11, 2011

Apa rasa kamu?


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? Cantik? Kacak dan bergaya tak harini? Bagus²..

Malas nak cakap pasal lama tak update blog. Dah memang perangai macam tu nak buat camne. Memang tak pandai betul nak serius berblog. Terima je lah.

Kali ni nak cerita pasal benda yang memang dah lama nak dicerita. Duk lama terpendam di ruang paling dalam dalam benak & sanubari ni. Nah kau sekali ayat mintak korek hidung keluar da. Nak buat macam mana? Dah memang gua ni seorang yang puitis. Ok pembohong!

Sekarang praktikal pun dah habis, tinggal laporan praktikal je nak kena buat. Slow & steady. Ok tak berapa nak slow sebenarnya kalau intro laporan pun tak nampak. Steady? Lagilah jauh sekali. Sadis. Macam mana orang yang malas sebelum ni boleh jadi rajin tetiba? Ada makjun atau ubat mujarab ke? Yelah² atas diri sendiri. Comman reason.

Bila dah start kena buat laporan praktikal ni barulah rasa yang diri ini benar² di penghujung kehidupan di Universiti Kebangsaan Malaysia ni. 3 tahun? Pfftt! Pendek! Pejam celik pejam celik tidur berak makan dah 3 tahun. Barulah semua benda slow & steady masuk dalam otak. Terkenang. Macam mana kehidupan aku sebelum masuk sini & semasa belajar kat sini. Selepas? Belum lagilah kot since graduation day pun bulan September ni kan? Macam mana agaknya kehidupan selepas belajar kat UKM ni? Haa itu kita tak tahu. Kat mana aku kerja? Jangan tanya lagi lah. Ya ya aku ada plan sendiri tapi simpan sendiri la nanti cakap aku gebang pulak kan? HAHA.

Benda paling akan aku ingat sepanjang belajar kat UKM ni semestinya tentang kenalan² yang macam² ragam. Ah macam biasalah ada yang selesa ada yang mengecewakan ada yang penuh keterujaan (Ada perkataan ni?). Ada yang itu ini begitu begini. Memang macam². Aku rasa apa yang aku lalui memang sama dengan semua. Tak kira yang dah lalui, yang sedang lalui atau akan lalui.

Satu nasihat, walaupun tidak berharga tapi cukup bernilai buat semua. Jangan nilai aku yang memberi nasihat. Tapi nilai nasihat yang aku berikan. Jangan kecewakan orang yang yakin pada kita. Mak ayah yang percaya kita tak kan hampakan diorang, adik beradik yang selalu meletakkan kita sebagai contoh, kawan² di universiti. Siapa sajalah.


Bukan senang kita nak percaya & yakin pada seseorang. Tapi bila ada yang dah percaya & yakin pada kita, jangan hampakan. Sebab bila rasa percaya dan yakin itu disalahgunakan, ia akan jadi suatu luka yang besar. Luka itu menyakitkan dan biasanya meninggalkan parut. Parut itu dah macam kenangan. Kenangan itu biasanya susah untuk kita lupakan. Apa rasa kamu kalau kebaikan yang kamu berikan dibalas dengan tohmahan dan kejian? Sedangkan sebenarnya kita tak pernah fikir suatu benda secara adil. Kita tidak pernah meletakkan sesuatu pada haknya. Sampaikan satu kata atau satu bicara mampu mengubah persepsi orang lain dan memburukkan lagi keadaan. Tak apalah, kita bebas bersuara kan? Sampai tak sedar suara yang dilontarkan ketika marah membawa kesan yang mendalam. Impaknya bukan sahaja hari ini, malah ianya terkesan sehingga ke hari mendatang.


Buka fikiran, buang segala tabiat sempit. Renungkan. Jangan nilai orang yang memberi nasihat, nilai apa nasihat yang diberikan. Luaskan pemikiran. Belajar menerima. Merangkak sebelum bertatih. Bertatih sebelum berjalan. Berjalan sebelum berlari. Kita tidak berada di atas sebelum kita berada di bawah. Belajar. Pernah ke tengok seorang cikgu yang lahir terus mempunyai kemahiran untuk mendidik? Tidak melainkan dirinya sendiri punya keinginan untuk belajar.


Jangan sampai satu pemikiran songsang kita merosakkan suatu jalan yang dicipta lurus kehadapan. Ingat, kita tidak pernah dilahirkan terus dewasa.

## Ya, kita mudah memaafkan. Tapi mudahkah kita melupakan?



2 comments:

nadiyaya said...

terus aku rasa macam kali ni genre belog kau berat hahaa sebab selama ni kau merepek ja.

AfiQ said...

sokong ngan nadiyaya.. tetibe jadi serius.. huhuhu.. tak merepek da! ahhaha.. tapi, thanks 4 da advice.. kadang2 manusia tu lupa kan? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...