Thursday, April 22, 2010

Gigitan cinta Charlie & adik-beradik.


Assalamualaikum.

Duduk mengelamun masa-masa macam ni buat aku teringat zaman belajar kat Kolej Matrikulasi Perlis dulu.

Awal-awal masuk matrikulasi tu, ada sesi perkenalan antara ahli blok dengan felo/warden blok. Macam biasalah kena dengar peraturan itu ini. Tak boleh buat itu. Tak boleh buat ini. Tanya itu. Jawab ini. Haish macam-macamlah!

Part last sekali, felo cakap "Saya nak awak hati-hati duduk dalam bilik jangan sampai kena gigit dengan Charlie". Kami yang tak pernah dengar nama tu semua duk bising-bising macam orang jual ikan kat pasar. Yelah, mana tahu Charlie tu apa. Siap boleh gigit lagi.

 Pembeli : Bagi saya ikan ni. Potong kecik-kecik ye.. 
Penjual : Psstt anak ikan taknak ke? *bisik*

Felo cakap Charlie tu jenis serangga. Nama lain dia Kumbang Rove. Nama tempatan dia Semut Semai, Semut Kayap, dan lain-lain. Yang ni aku google je wat kajian sikit. Semut Kayap weh! Tak takut ke korang? Lepas kena gigit tumbuh kayap kot? Haha.

Aku masa awal tahu Charlie tu sejenis serangga terus tarik nafas lega. Aku ingat Charlie tu jenis binatang buas ke apa ke. Rupanya serangga je. Kira macam tak kisah sangatlah.

Felo sambung lagi. "Kalau Charlie gigit, parut dia besar gedabak macam kena toreh dengan pisau!". Woaaaaaaa! Aku cuak balik! Serangga apakah Charlie ini?

So sepanjang duduk kat Matrikulasi Perlis tu, slow-slow aku berkenalan dengan Charlie. Tempat tinggal dia. Rupa dia. Apa dia minat. Semua aku kaji.

So inilah dia hasil kajian aku yang tak seberapa mengenai Encik Charlie.

Saiz Charlie ni kurang dari 1 cm. So takdelah besar mana pun. Awal-awal dulu aku ingat adalah sebesar tapak tangan Charlie ni. Badan warna kuning merah-merah gelap. Bahagian atas, bawah abdomen & kepala Encik Charlie ni warna hitam. Haish aku bab-bab menerang ni memang failed! Meh sini aku tunjuk gambar.

 Ok korang jangan tertipu pulak. Dalam gambar memanglah nampak besar.
Encik Charlie ni kecik je sebenarnya!


 Ini gambar Encik Charlie, Puan Charlie bersama anak-anak. Bahagia kan?

Encik Charlie ni karnivor. Dia tak makan sayur-sayur ni. Dia makan serangga je. Dengan syarat serangga lain tu mesti lagi kecik dari dialah. Serangga yang besar-besar dia takutlah tu!

Encik Charlie duk kat tempat macam sawah padi & padang. So, no wonderlah kalau kat Matrikulasi Perlis tu ada Charlie. Kan kawasan padi. Tambah pulak sebelah blok kitorang tu ada padang besar gedabak.

Ok masuk bab kena gigit. Encik Charlie ni minat sangat lah gigit-gigit ni. Korang kalau kena gigit dengan beliau, korang nak tahu macam mana kesan/parut dia? Nah tengok gambar ni. Errrkk~

Hah korang tengoklah glamour tak glamour Encik Charlie ni?
Siap masuk surat khabar ok! Korang ada?

Suka tak kena Lovebite Encik Charlie? Comel kan parut dia?

Comel kan? Kan? Kan?

Lagi dan lagi kecomelan gigitan cinta Encik Charlie!

Kat sini aku nak nasihat korang, hati-hati dengan Encik Charlie ni. Dah memang tabiat beliau suka buat lovebite. Untuk elak diperkosa digigit Encik Charlie, aku nasihatkan korang elak duduk dekat cahaya lampu malam-malam. Sebab Encik Charlie ni tertarik sangat dengan cahaya-cahaya ni. Jangan lupa beli racun serangga banyak-banyak. Sembur dalam bilik. Kalau boleh buat perfume sebab bau ketiak korang pun Encik Charlie minat!

Kat sini aku nak selitkan dua video tentang kecomelan Charlie. Layan.

Ini...


Dan ini...


Comel dan biol bukan?

Seterusnya adalah adik beradik Encik Charlie. Korang mesti kenal adik beradik beliau kan? Tipulah tak kenal. Ok aku kenalkan kat korang.

Yang ni adik tiri Encik Charlie..
 
Nama dia Siti Coli.


Yang ni pulak kakak angkat Encik Charlie...

Ya! Charlie's Angel memang kakak angkat Encik Charlie!


Ni abang kandung Encik Charlie..

Terkejut?!
Takpe aku pun terkejut bila tahu Charlie Chaplin ni abang kandung Encik Charlie.

Sekian sahaja cerita mengenai Gigitan Cinta Charlie & adik beradiknya.. Moga jumpa lagi. Wahahaha!

Nota Charlie : Hip hip hooreaylah untuk aku sepanjang belajar kat Matrik Perlis tak pernah lagi kena perkosa gigit dengan Encik Charlie!

24 comments:

NomborSebelas said...

biar benar charlie tue :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

Anonymous said...

eee, ade ke semut mcm tu? serammmm!

Aini said...

sy dulu matrik penang. Charlie pun glamer kat situ gak

izansalleh® said...

aku dah pernah kena gigit dulu masa kat matrik penang. melambak menatang ni. kalau tak caya tanya la sapa2 yang blaja kat sana. kompem kenal menatang ni. hahaha

keme said...

wahahahahahahahaha

Nadiyayaaa said...

hoho.aku pun penah kena gigit charlie ni.berparut sampai sekarang.nasib kena kat tgn.

Anonymous said...

saketnyer....
adoiii...cam ngeri jer tgk...huhuhu

Azuan said...

coli pun ada adik beradik ka huhuu

atEe said...

mr charlie suke nak teman aku mandi.
and aku pon ketuk die pakai botol shower creme.
mwahahaha.

Anonymous said...

weh...adik aku kna gigit ngn charlie tu kat hostel dia..seyes...mmg cam kna toreh ngn pisau... cian adikku..lame gak nak sembuh... huhuhu...

violetless said...

bestnya cali kaler biru tuh..

video takde kena mengena langsung..haih...

huhuhu..

aku baru tau rupa coli eh cali camne..timaseh ye..

eca said...

huhu.
kt matriks perak p0wn ade.
glamer jgk ta0 !
alhamdulillah ta pnah kne gget gak
:))

Q. M. said...

wehh, macam tu ke muke chali?

dulu ade gak member aku kat matix penang penah citer pasal chali ni.

tapi, xpenah tgk lak muke die.
nseb baek kat mtrix changlun tu x de mende nih.

org cakap, kalo kena kn, nnt kulit tu jadi cam terbakar.. bapak bahaya weehh!

Anonymous said...

eerrrrrrrrr

Balqish said...

macam belalang! :)

Anonymous said...

oohhh..charlie nie? ermm dh besa kna lorr.. sakit sgt tgal parut gak ler.. 5 taun mdrita kna luvbite tuh hahaha....

Frodo Baggins said...

masalahnya sekarang .. bila lu mau update blog topex!!!

Frodo Baggins said...

masalahnya sekarang .. bila lu mau update blog topex!!!

LuVidA^^ said...

baru lepas kene geget ngn cali. :(
tu pon dokter bgtau.. kalau x, smpai sudah x tau... huhuuu
parut x tanggal ke??? sadisnye... walaupon kene kt tgn je, abes la huduh tgn sy ni =.=

seIndah bIntang maLam said...

mmg byk kn topek tp aku xpnah jmpe & xtaw pon fmili charlie 2 mcm ne..de bdk ppuan 2 kne kt mke..calar cm kne torek..gle eh..
nsib aku xkne..syukur..

Unknown said...

charlie tu kenangan pahit kan masa kat kmp dulu..macam semua nak tidur kena berjaga2 je kalau2 esok2 tengok dah ada lovebite dari charlie tu..hahha..tapi nasib baik aku langsung tak pernah kena charlie tu..haha

Unknown said...

charlie tu kenangan pahit kan masa kat kmp dulu..macam semua nak tidur kena berjaga2 je kalau2 esok2 tengok dah ada lovebite dari charlie tu..hahha..tapi nasib baik aku langsung tak pernah kena charlie tu..haha

Cik Miza said...

saya students uitm arau, menyewa di taman sri wang fasa 3, lorong 28.. betul2 depan sawah.. saya merupakan mangsa terbaru gigitan cinta pakcik charlie nih,, iaitu malam semalam. mmg betul kate kamu sebab saye tido x tutup lampu. sedih kot, minggu depan nak raye dah.. kene kat muke pulak tuh. masalah pada saya, saye x kenal rupe pkcik charlie nih. kalo jumpe, ku gigit2 balik siap kamu!!

Anonymous said...

aku pn pnah kene byk kali kt uitm peneng
almaklumlah kawasan sawah..
dalam seminit kena terus benanah n denyut
kalo kena kt line bra or line towel memang azab beb
3 taun ak derita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...