Thursday, April 22, 2010

Menghadap laptop.


Selamat petang sekalian manusia. Masih bergelar manusia? Tahniah buat kita.. ;)

Aku tahu kebanyakan kawan aku terdiri dari mereka yang habis banyak masa depan laptop. Ok mungkin silap. Bukan banyak masa tapi sangat banyak masa habis depan laptop. Bangun tidur, gigi tak gosok lagi, mandi pun belum, dah menghadap laptop.

 Takyah nak tipu. Bukan weekend je camni. Hari-hari camni. Kan? :P

Lepas makan, balik bilik terus sambung menghadap laptop. Kadang-kadang ada yang sanggup bungkus makanan, makan dalam bilik sebab nak menghadap laptop.

 Kedai lengang sebab semua beli bungkus je.

Internet kat bilik ada masalah, sanggup bawak laptop segala macam benda pergi kafe, pergi perpustakaan, pergi situ, pergi sini, siti situ sana sini sebab nak menghadap laptop nak online.

Tak boleh nak online, masih menghadap laptop. Main game. Buat assignment (buat ke?). Baca nota itu ini begitu begini. Yang penting apa? Ya. Menghadap laptop.

Ada jugak yang pergi kelas bawak laptop. Ni aku cakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman tengok kawan-kawan yang bawak la. Aku tak pernah. Kot? Tambah lagi budak perempuan yang bawak beg jenis gantung bawah ketiak tu. Masa pensyarah mengajar kat depan, dia duk menghadap laptop. Tiada kaitan dengan Echalicious ya! ;P

Ada jugak yang tengah berak, menghadap laptop?

 Tengah search "Cara berak dengan kepuasan maksima".

 Terpaksalah lepas ni semua tandas letak tanda ni.

Dilarang berak sambil online!

Nak tidur, laptop letak kat tepi tak off pun. Sebab nanti terbangun senang.. Terus menghadap laptop.

 Korang mampu ditiduri laptop?

Apa pun. Kita ni sehari-hari menghadap laptop tak kisah lah. Janji jangan lupa menghadap Tuhan. Fin.. ;)

Solat itu tiang agama ;)

Nota menghadap : Hari ni tak keluar gi mana-mana sebab duk menghadap laptop je. Bukan online je ye. Saya study. Saya geek. Oh! Oh! ;P

3 comments:

maya said...

pergh. giat ko meng update blog..

Privacy_Resident said...

busan. study malas. so update blog jer lah! ahaha

Azuan said...

dah pi solat asar haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...