Friday, May 6, 2011

Duduk bandar duduk kampung.


Hai all. Harap sihat je weh korang. Aku macam biasa sihat & yes aku pindah randah lagi. Lepas satu bilik ke satu bilik. Fuh! Nomad. Sakit badan & perut tahu tak kalau angkut barang banyak² ni. Rasa dah tumbuh 6 pack pun. Hahah.

Nomad : Kaum yang selalu berpindah dr satu tempat ke tempat lain (Terutamanya di kawasan padang pasir) - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nomad

Cakap pasal pindah, memang dah lama aku niat nak ajak mak aku pindah dari rumah tu. Bukan maksudnya aku tak suka rumah aku sekarang, cuma aku nak sesuatu yang lebih baik lebih selesa & bagus untuk mak aku. Untuk family aku. Siapa taknak kan? Ish cepatlah berkerjaya (Chewah!) moga boleh tolong tak banyak pun sikit jadilah! Amin.




Alah bukan banyak pun barang aku. Banyak ni je! 


Pindah. Dari kecik lagi dah rasa hidup pindah ni. Pindah sebab rumah duduk dalam kawasan pembangunan, pindah sebab rumah bantuan. Sekarang pindah sebab belajar. Huh. Kira pindah lah ni. Dari kampung, pindah duduk belajar kat bandar.

Sekarang banyak kita dengar masalah cakap² orang yang duduk bandar ni melalaikan & merosakkan. Mungkinlah ada banyak kes yang kita dengar berlaku kat bandar² besar terutamanya. Tapi itulah semua pun berkait dengan "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga" Betul. Bukan semua apa yang ada di bandar ni merosak & melalaikan. Ada beberapa perkara & diantara beberapa perkara yang merosak & melalaikan tu masih ada yang elok, membina & memberi faedah.

Ada satu cerita kenalan. Untuk renungan bersama. Awalnya belajar di sekolah harian. Sekolah kampung. Membesar di kampung. Kemudian sambung belajar di bandar. Elok. Tertib je duduk bandar. Tak ada masalah. Sempoi. Mak ayah takde pun dia lupa. Dadah ganja ketum tak ada pun dia kenal. Solat tak tinggal. Belajar pun perform duk elok je.

Habis belajar tak cari kerja kat bandar. Balik kampung nak cari kerja kat kampung dekat dengan keluarga. Sebulan. Dua bulan. Tak dapat kerja pun. Buat kerja kampung. tetiba belajar minum air ketum. Nak sihat, nak ringankan badan katanya. Mudah buat kerja berat. Stok pun mudah. Perlahan-lahan berkawan dengan mamat² lepak. Dah belajar lepak malam pulak? Haish. Steady kawan dengan mamat hidu gam, tak nak cuba. Kotor dan tak elok katanya.

Slow & steady terpengaruh. Dah cuba hidu gam pulak. Tak cukup lalok, sambil² try hidu gam dah cuba pil itu sikit ini sikit. Lastly ambil dadah mati sia sia. Lulusan pelajaran tinggi² jadi apa? Jadi sia². Dah tak ada dah nak hulur duit dekat mak ayah, jangan kan duit, doa pun dah tak boleh. Meninggal sia². Dadah jadi punca. Haih!



Dadah membunuh!

See? Bukan keadaan bandar sahaja yang menjadi penyebab rosaknya seorang manusia & kelalaian dia dengan tanggungjawab sebenar yang dia ada. Sebenarnya diri dia sendiri yang menentukan. Bagaimana cara dia menentukan pendirian diri dia sendiri. Bagaimana dia bergaul dengan kawan² & macam mana dia pengaruh kawan² dia atau dia terpengaruh dengan kawan². Terpulang. Dia pilih kawan dia.

Tak kisahlah duduk bandar atau duduk kampung pun, dua² tempat ni bukan punca kepada kelalaian & kerosakan peribadi seseorang. Diri sendiri sebenarnya yang memainkan peranan. Aku sendiri pun tak berani jamin yang aku boleh beri yang terbaik pada tanggungjawab yang aku ada. Pada mak. Pada ayah aku yang dah meninggal tu pun aku masih ada tanggungjawab sebenarnya sebagai seorang anak. Tapi, masing-masing antara kita ni paling tidak pun mencuba. Cuba bagi yang terbaik.



Duduk kampung pun ok. Bandar pun ok. Mana² pun boleh sebenarnya. InsyaAllah.
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah di mukabumi" - Al baqarah :30

** Harapnya aku berpatah pulang andai jauh dari simpang. Bantu aku Ya Allah.

6 comments:

HaMiZah said...

saya bukti orang bandar yang baik! *opss, terperasan pulak.haha

Topex said...

wah mizah, boleh perasan lagi takk? HAHA :P tapi Mizah memang baik pun :P

azraftarmizi's blog said...

wahhhh...tumpang lalu...tumpang lalu...nak menomad sekejap...agagaga

Topex said...

ko menganjing aku azraf? cis!

RIAN said...

try duduk hutan la pulak. tengok jadi baik ke tak. h0ho,

Anonymous said...

duduk je KL topek, satgi anak kau jadi setailo mcm aku! mesti kau dah dapat agak aku sape. i am ridiculously awesome.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...