Monday, May 2, 2011

Kerja sambilan!


Ada masa saki baki belajar di UKM ni. Sepanjang semester pendek 7 minggu ni, rancang nak cari kerja. Kerja sepenuh masa dah tentu tak boleh. Sambilan je. Rancang nak cari kerja dah dari bulan 4 haritu. Tak gerak² so memang tak kemanalah kau ya? Kalau nak kerja, pergi cari kerja. Kerja tu tak datang cari kau.

Mana aku nak kerja ni? Kerja kedai roti? Nanti asyik makan roti. Makin tough la aku. Kerja kat pusat karaoke boleh tak? HAHAHA. Ada nampak iklan kerja kosong kat Pusat Karaoke Malaysian Idol. Err.. 

Please, hire me! ;-P

Kerja kilang? Memang harapanlah time² belajar ni. Habis semester pendek dalam bulan 6, Hari Konvokesyen bulan 9. Eh banyak lagi masa tu? Kerja mana aku ni?! Taip kerja sambilan kat google memang banyak gila. Memang banyak! Banyak yang duk ajar jadi downline MLM sambilan. Oh menarik! Haish!

Kalau ada duit lebih, nanti time konvo boleh sewa mana² homestay or bilik untuk family datang 2 - 3 hari. Baik punya rancang. Ayat pun baik punya sedap "Kalau ada duit lebih.." Sejak bila ada duit lebih ni? HAHAH! Sabo je lah!~

**Ada kerja? Please inform me? ;(

2 comments:

bedah said...

kerja kerja kerja! nanti ada duit lebih belanja gua. :)

© bLurr said...

benzy store mau? HAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...