Saturday, May 7, 2011

24:7 Kelakar-Pop Malaysia semanis Gula-gula 2 Alam.


2 Alam. Siapa tahu cerita ni arahan siapa? Tak tahu tak cukup cendawan lah gamaknya. Kalau tahu 2 Alam, sekarang aku nak bagitahu persamaan antara 2 Alam dengan 24:7 & Gula-gula. K-Pop (Baca Kelakar-Pop) Malaysia. Korang tahu apa persamaan antara tiga benda ni? Ya, ketiga-tiga pun menjadi cemuhan orang ramai.


Katak, haiwan 2 Alam.

Bagi aku sendiri, 2 Alam sebenarnya ada pengisian sendiri. Tapi yang membuatkan cerita ini dicemuh dan tak disukai orang ramai adalah kerana sikap yang ditonjolkan oleh Pengarah cerita itu sendiri. Perkara yang kita kena ambil berat sekarang ni adalah mengenai sikap. Aku lihat, sekiranya sikap atau perangai Pengarah cerita tersebut ok, walaupun hasil cerita tak ok, orang ramai tak akan mencemuh sampai ke tahap yang kita lihat sekarang.
Penyu, haiwan 2 Alam.


Ketam Nipah, haiwan 2 Alam.

Mungkin rezeki dan bakat pengarah cerita 2 Alam lebih tertumpu & bermutu dalam bidang lain berbanding bidang perfileman. Boleh teruskan dengan produk kempis sana sini & kecantikan. 2 Alam kedua? Oh tolonglah jangan. Hidup ni tak boleh nak berlagak. Bila berlagak itulah jadinya. Tambah pulak baru nak naik kan? Lagilah apa pun tak bolehh kan?

2 Alam. Alam cendawan & alam manusia.

Begitu juga dengan 24:7 mahupun Gula-gula yang menjadi 'kegilaan' orang ramai sekarang. Imej yang ditonjolkan dikatakan jelik dan menjengkelkan. Sampaikan lagu² yang dibawa turut mendapat tahi kesan dari imej tersebut. Muzik dah cantik (Suara tolak tepi), dengar muzik saja. Boleh?

Duh!! -___-"

Ramai je peminat K-Pop kat Malaysia ni. Tapi, peminat K-Pop kat Malaysia ni bukan minat K-Pop dari Malaysia. Bukan apa sebenarnya. Awal kemunculan 24:7 & Gula-gula tu sendiri dah 'Geli', macam mana orang nak minat kan? Ambil gambar tu tak payah nak angkat tangan letak atas kepala sangatlah. Meliuk lentuk macam pelik je. Guinea Pig aku pun terbeliak mata. Terkejut. Adoi!~ Ish tak tahulah apa nak cakap. Sabo je lah!~

Oh WTF (What The Fruit) is thattt?!

**Tak payah nak berlagak & Kelakar-Pop sangatlah kita ni. Ish.

2 comments:

keme said...

tengok penyanyi- karekter artis tu gile2,xbleh jd contoh.seksi la ape la.(mcm Gaga)

tengok lirik- lirik lagu plak yg cam ape..xsesuai nak minat..(cam Gaga gak)

tengok muzik- mcm minus one je..yg tu paling clean.

Unknown said...

Emm .. tak layan sangat pop .. pop nie :D

anastasyea's latest post .. #Maxis10 - 14 hari mencari cinta ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...