Sunday, May 22, 2011

Kalau orang, kalau kita?


Pergi jalan sana sini. Window shopping, lepak kat tasik, lepak kat sana sini, riadah ramai-ramai. Suka tak? Suka kan?

Bila keluar sana sini, kadang-kadang kita jumpa sekumpulan manusia (Geng lah kiranya) yang terlbih excited. Maklumlah gembira keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan. Kita tengok diorang sibuk duk tangkap gambar kat tepi dinding, kat iklan-iklan gambar model besar-besar dalam shopping complex, kat tepi jalan raya, kat bustop kat macam-macam lagi. Masa tu pulak kita keluar dengan sorang kawan kita atau kita keluar sorang-sorang je. Kita cakap kat kawan kita "Bodoh ke apa takde tempat lain ke nak tangkap gambar?" "Apsal diorang tu? Sakai ke apa?" "Macam budak terencat aku tengok diorang tu" "Diorang ni tak malu ke?"

Kita lupa yang kadang-kadang kita pun sama. Kita fikir diorang tu gila, sakai dan sebagainya sebab diorang buat tu semua masa diorang keluar ramai-ramai. Diorang tengah seronok. Kita pulak keluar sorang-sorang & tak buat benda yang kita fikir gila & sakai macam tu.

Sedar tak sebenarnya kita fikir macam tu sebab masa tu kita sorang-sorang? Sedar tak kadang-kadang bila kita keluar dengan kawan-kawan yang sekepala & gila-gila kita pun jadi macam diorang? Gelak besar sana sini. Tangkap gambar macam monyet dapat kamera dan sebagainya. Kita lupa kan? 

Masa tu, orang lain yang keluar sorang-sorang yang tengah pasif sebab tak ada geng akan fikir kita pulak yang gila, sakai, terencat, tak tahu malu dan macam-macam lagi. Kan?

Sebab apa eh kita cakap kat diorang tu macam tu? Sebab masa tu kita loser ke apa? Sebab kita lone ranger eh? Padahal bila kita jumpa kawan-kawan yang gila-gila, kita sebenarnya lagi teruk dari diorang yang kita rasa sakai apa semua tu tadi. Kan?

** Bila jumpa orang yang tengah gila-gila sesama mereka tu, jangan cepat sangat nak mengumpat. Tengok dan perhatikan mereka. Kita pun macam mereka sebenarnya kadang-kadang. Kan?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...