Sunday, May 22, 2011

Allah sedang mengutip hamba-Nya. Innalillah..




Mungkin ada yang pergi semasa tidurnya. Ada juga yang pergi ketika mainnya. Semua akan pergi. Satu keadaan yang pasti dan kekal hanya di sana. Aku, kamu, kita semua akan pergi. Tiada kecuali. Ini janji Allah.


Perlahan. Senyap dan berbagai cara. Allah tunjukkan satu per satu kuasa-Nya. Bila dikatakan Ya maka Yalah jadinya. Tiada tambahan masa untuk waktu kecederaan dan waktu kesedaran. Sudah banyak sebenarnya masa diberikan. Cuma aku, atau kita sendiri yang menentukan. Kalau kiri, kirilah. Kalau kanan, kananlah. Ingat, hanya satu Jalan Allah.


Akan diberikan oleh-Nya ganjaran buat apa yang telah kita kerjakan di dunia ini. Allah tahu segala yang Ghaib dan Nyata yang telah kita lakukan. Akuilah bahawa tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Siapa tahu dengan cara apa? Mungkin esok, lusa ataupun untuk beberapa detik sahaja lagi kita diberikan masa untuk bernyawa.


"Sesungguhnya dari Dia kamu berasal dan kepada Dia pula kamu kembali."

Al-Fatihah~

1 comment:

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...