Tuesday, May 24, 2011

8 tips halau pelanggan yang tak reti nak balik bila datang makan.


Dah seminggu lebih aku kerja kat Pizza San Francisco ni. Sepanjang seminggu lebih aku kerja kat sini, memang aku boleh tengok ramai pelanggan yang suka datang waktu restoran dah nak tutup. Pizza San Francisco tutup pukul 11.00 malam, pukul 10.30, 10.50 malam memang ada je lagi pelanggan yang baru datang.


Jangan kata kami taknak tunggu & ikut masa berniaga sampai pukul 11.00 malam. Dalam pukul 10.30 malam tu, kami dah siap sedia kemas semua dapur, bar & kaunter sekali. Kesian la kat mereka yang kerja ni takkan pukul 11.00 malam baru nak start kemas nak balik pukul berapa? Ada kes pukul 11.00 malam pelanggan tak pandai nak keluar lagi, mana boleh ini bukan Restoran 24 jam. HAHA. Kesian sikit kat kami boleh tak? 

Sini aku kongsikan 8 tips yang pekerja boleh amalkan supaya pelanggan balik cepat bila restoran dah nak tutup.

1. Hempas pinggan, sudu, garpu apa semua kuat-kuat kalau boleh biar sampai pecah. Bagi pelanggan dengar & faham yang korang tengah kemas-kemas nak balik dah. Nak bagi pelanggan tercekik pun boleh sebab tengah seronok mengunyah Pizza pastu terkejut bila ada gelas kena hempas sampai pecah. Nak lebih hebat lagi kesan dia, boleh hempas gelas kat tepi meja pelanggan yang tengah makan tu.

2. Tarik pintu besi apa ntah nama dia yang tarik tolak ke atas tu, kasi bunyi bising-bising. Tarik semua sekali. Kalau diorang buat tak tahu je tarik tolak tarik tolak banyak kali biar diorang ngilu gigi tak boleh nak makan minum dah.

3. Borak kuat-kuat sesama pekerja. Jerit "Wei Mamat! Mak kau tak marah ke kau balik lewat ni?!" atau "Minah!!! Balak kau dah bising tu kat depan restoran tunggu kau, kan dah pukul 11 ni!!" dengan harapan pelanggan dengar apa benda yang cuba kita sampaikan sebenarnya.

4. Diorang tak habis makan lagi tapi datang bawak bil. Kalau diorang marah cakap "Kami nak closing kaunter, nak kira duit & untung hari ni sebab ramai sangat pelanggan datang hari ni sampai tak boleh nak tutup kedai.." Biar diorang tersedak dengar alasan puaka ni.

5. Kumpul ramai-ramai pekerja yang ada masa tu, tengok ke arah meja makan diorang. Jangan kelip mata. Tahan je mata tu walaupun pedih. Buat strategi. Agihkan tugas siapa kena buat muka bengis, siapa kena buat muka sedih, siapa kena buat muka orang gila sambil tengok pelanggan makan. Dengan cara ni mesti berjaya buat pelanggan rasa tak selesa makan & diorang akan blah awal jangan risau!

6. Mop lantai laju-laju. Tempat paling penting kena mop masa ni adalah bawah meja pelanggan tu. Kalau rajin, mop sekali dengan kaki-kaki pelanggan. Kalau dia marah cakap "Kami memang mementingkan kebersihan kaki pelanggan kat sini.."

7. Salah sorang pekerja kena berlakon pengsan. Letak foam untuk air cappuccino tu banyak-banyak dalam mulut kawan yang berlakon pengsan tu. Semua yang lain jerit "Sawan babi! Sawan babi! Lepas minum air tadi budak ni jadi sawan babi! Mesti air tu ada virus sawan babi tu!!!" Jangan lupa pastikan pelanggan nampak & dengar dengan jelas lakonan tu!

8. Pergi duduk semeja dengan diorang. Borak-borak macam dah lama kenal. Tanya asal mana, kerja apa. Dah kahwin ke belum. Suka makan apa. Paling jangan lupa tanya adalah "Kenapa suka makan lewat malam?" sambil-sambil tu boleh bagi nasihat makan lewat malam ni tak elok sambil tunjuk perut salah sorang pekerja yang boroi.

Itulah dia 8 tips yang boleh kita amalkan bila pelanggan tak reti nak balik bila datang makan sampai menyebabkan kita balik lambat. Overtime pun bukan kira! Cis.

** Tapi itulah, customer always right kan? Haish sabo jelah! -__-"

3 comments:

[ sHarpEx ] said...

haha, kalo mak kita, dia jerit je
'korang ni tak reti nak balik ke? orang lain nak makan jugak!'

=)

hanie bonie said...

ko apply x ms kerja kat situ??? hahaha.. klaka je aku bc... tang mop2 kaki tu paling xbley bla..hahahaahhahaah

Papa Mifz said...

rilek2....cool bro....sabar separuh dari iman...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...