Friday, June 17, 2011

Ice Mocha Kelam Kabut.


Lalala hari-hari kerja. Lalalala bosan dengan kerja ha ha! Ada aku kisah? Ha ha! Wadefrog? Melalut.

Sekali sekala nak singgah jugak blog sendiri update. Biar orang tak kisah pun aku kisah what? Biar orang kata merepek pun aku tak kisah janji aku boleh lepas gian kat sini. Gian mengarut merepek bikin entri.

Kerja dekat San Francisco Pizza banyak pengalaman woo. Customer suka datang ikut gelombang. Gelombang pertama ramai-ramai serbu. Gelombang kedua makin ramai gila babi. Tapi bila tak ada customer bapak bosan takde apa boleh buat. Korek idong? Bosan.

Ada satu hati customer datang ramai gila. Kebetulan masa tu ada pekerja baru. Kena jaga bar. Barista (Baca : ba·ri·sta) lah kiranya. Tak tahu barista? Barista tu maksud dia orang yang jaga bar. Orang yang buat air tu lah!

Customer order kemain banyak. Aku fire order panjang empat jengkal. Ha lupa! Pekerja baru tu perempuan. Kelam kabut kemain bila customer ramai. Rileks sudah. Oh aku rileks la aku tukang amek order. Yang dia ni tukang buat air mahunya tak kelam kabut. Air pulak macam-macam jenis. Mana dengan blended, fresh juice, air itu ini. Mampuslah bila masa nak blend ice lagi, mana nak kacau air lagi, mana nak kopek (Tak lucah) buah lagi. Haa ada menu baru tu air kedondong. Pergilah cuba. Ah promote pulak seposen. Customer pulak berlagak-berlagak je. Lambat sikit tekan button service. Sampai aku buat dek je padan muka. Sabar lah sikit. Datang peak hour tu kenapa?

Sebab pekerja baru ni baru (Ayat pebenda lah kau?). Ada sorang pekerja lama (Baca: Senior) tukang ajar kat tepi dia. Ajar & tolong dia buat lah. Si senior ni pulak tak boleh nak sial lagi perangai asyik duk gelak kat akak (Pekerja baru) tu sebab akak tu kelam kabut nak mati. Tak boleh nak chillax dah memang kelam kabut je. Ok panggil je dia akak kelam kabut..

"Eh camne buat air ni eh?" "Eh berapa biji nak blend orange ni eh?" Semua jenis soalan objektif subjektif dia keluarkan. Bayangkan je lah dengan kelam kabut & peluh kat dahi. Habis semua air pun ada peluh barangkali. Ergh! Patutlah ada customer bising cold chocolate diorang rasa masam. HAHAH.

Ada satu part sebab kelam kabut sangat, akak tu tanya "EH, MACAM MANA BUAT ICE MACHO?"

Pergh, dengan gaya macho akak tu nak tahu cara buat ice macho. Aku pergi belek menu. Kot-kot ada menu air baru. Cheah, ice mocha ada la. Akak kelam kabut buat kitorang kelam kabut je. Haish.
**Akak kelam kabut kerja seminggu je. Sebab tak boleh tahan hari-hari kena bahan pasal ice macho! 

3 comments:

Awie Omar said...

Dari http://awieomar.blogspot.com/2011/03/10-filem-melayu-2000-2010-terbaik.html baru folo sini.
Teruskan bloging kawan. blog ni ada potensi. Jom sertai NEXT TOP BLOGGER musim 2. Mana tahu lebih ramai kenalan blog nanti.

Mek Onie said...

Weiiiiiiiiiiii,ice macho tu lawak okey! wakakaka...takpe.... pepagi baca entri terus tersenyum sebab ayat ko pecah perut beb!haha..keep it up k, salam perkenalan gakkk :D

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...