Thursday, May 28, 2009

Oh Nasib Malang


Hai beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhan.. Haiii nasib-nasib. Hari ni dapat kecelakaan. Sakit la. Sakit. Sakit. Paham tak sakit? Wuuu nangis 2 minit.

Tadi dalam pukul 7.32 p.m, aku dengan gembiranya nak gi mandi. Sambil jalan sambil nyanyi. Kat tangga pun nyanyi. Masuk dalam bilik air pun nyanyi. Gembira sangat. Ntah apa yang aku gembirakan tak tahu la.

Antara lagu yang aku sumbangkan sepanjang proses memandikan diri tadi adalah :-
  1. Bencinta - Faizal Tahir
  2. Warisan Wanita Terakhir - Teacher's Pet
  3. Lagu Kita - Aizat
  4. Varsiti Kita - Lagu UKM (perghh dah takde lagu lain dah ni)
Dan beberapa lagu yang tak patut aku senaraikan kat sini..

Ada apa dengan lagu. Oh bukan itu yang aku nak ketengahkan sebenarnya sekarang. Ok sambung cerita. Lepas mandi macam biasa aku membelek muka di cermin. Yang ni bukan salah aku. Dulu masa aku baru-baru pindah sini takde lak cermin tuh, sekarang siapa yang letak cermin besar gedabak kat dalam bilik air tu? Aku pun tak tahu. So aku sebagai pengguna bijak menggunakan kemudahan yang ada semaksima mungkin. Tambahan lagi aku tak puas hati sebab aku baru gunting rambut dan rambut baru aku sekarang macam rambut pekan (watak dalam cerita batu belah batu bertangkup) Haiii sabar je lahh~

Dah puas merenung muka sendiri, aku dengan penuh keyakinan melangkah keluar dari tandas. Semangat berkobar-kobar sebab masa mandi tadi aku guna sabun baru beli. Wangi la nih.

Keluar dengan senyum. Melangkah dengan gagah. Kontrol hensem. Eh dah macam model pulak. Tapi model tuala ungu la. Tak berbaju bercampur perut boroi. Oh tidakkk~

Melangkah.. Melangkah.. Nyanyi lagi. Sambung part corus lagu varsiti kita. Hish sambil pakai tuala nyayi lagu varsiti kita. Buruk benar gayanya. Langkah punya langkah, sampai kat tangga tetiba selipar aku yang breknya tak makan tu buat hal. Brek punya brek tak boleh bla, aku terbang dengan sabun baru ntah kemana, berus gigi ntah kemana.. GEDEBUK jatuh. Kain tuala terselak. (terselak tak semestinya menampakkan apa yang tak patut ok!)

Sakit. Aku perhati depan aku, fuhh nasib baik takde manusia. Memaki hamun sorang diri. Sabun, ubat gigi, berus gigi, pencuci muka semua aku tinggalkan kat tangga tu. Tuala pun aku tinggal (ok yang ni aku tipu). Aku lari balik masuk tandas. Menggeliat sakit. Pinggang aku rasa senget. Tengok cermin lagi. Tarik nafas lega sebab pinggang aku masih di kedudukan asal. Senyum sorang-sorang. Belek muka lagi kat cermin. Senyum puas. Keluar tandas, kutip semua barang-barang yang berterbangan tadi. Terus berlari-lari anak macam dalam cerita hindustan part hero dan heroin berkejar-kejaran. Oh imaginasi sungguh aku.

Masuk bilik buat muka slumber badak. Badak pun kalau tengok aku wat muka camtuh leh jatuh hati. Motif? Taknak alep tau aku jatuh tangga. Nanti makin sakit lak aku. Sakit hati tengok dia gelak. So senyap je. Senyum pura-pura.

Sekarang baru aku luahkan kat sini. Tengah muhasabah diri. Kenapa aku dapat nasib malang ni harini? Pinggang tengah berdenyut-denyut macam ada jantung nombor dua lak kat situ. Sabar, ada hikmahnya. Banyak bikin dosa kah? Ataupun N*****h mintak benda-benda buruk jadi kat aku. Oh tak mungkin. Dia cakap dia terguris sikit je. Dia tak merajuk. Kan N*****h kan?

p/s : Hari ni kena tidur style katak meniarap kot




21 comments:

Nur Farhana said...

Ouh.. Pasti kelihatan seksi dgn aksi menjatuhkan diri trsebut.. Ooppss.. Terjatuh.. Hik hik hik..

Hurrmm.. Pinggang msih di tmpat asal? Hahaha.. Lawak sungguh kamu nih..

Tidur meniarap ku rasa tidak elok apatah lagi mcm katak, seeloknya kamu tidak tidur langsung utk mnyembuhkan "pinggang" mu itu.. Hik hik hik..

iyllienaz said...

hahaha..byk kali aku gelak bace entri ko kali ni..yg pasti aku still kesian kan ko ade jantung ke 2..haha..smoga ok la pinggang ko tu..xdtg kan mudarat..hee..get well soon..

misS tEry said...

huhuhu....
sian papa....
dah pegi mengurut lom????
wahaha( gelak jht ckit)
moga x luka teruk....

aleena said...

haha kelaka..
pity u:P

daun_hijau said...

huaa3
nie bukan kene tdo style katak meniarap,
patutnye kene tdo style kuak lentang itik kelemasan dalam paya...
ha3
sakit perut aku gelak
oppss
jgn marah topex

miss izan said...

model towel pepel yg sexy sudah dtggg...
ketepi-ketepi...

gedebuk jatuh! bukan model! towel nya...
(bayangan aku) hahaha

Na Shari said...

Tak apa...jatuh tu sbb Tuhan nak ampunkan dosa-dosa keil awak...

joegrimjow said...

lihat ade semangat ke u an disitu
baguus

T.O.P.E.X said...

@2637143578881957286.0
kalo tak tido lain pula jadinya.
haha mesti lah.
aku melihat2 dlm cermin takot pinggang ku ini beralih kedudukannya.
hoho~

T.O.P.E.X said...

@5483627017943941994.0
thanks sebab gelakkan aku.
haha thanks gak utk doa kamu.
weee~

T.O.P.E.X said...

@3202600814801516269.0
nak gi urut kat mane lah ni. hoho~

T.O.P.E.X said...

@3383395300118829371.0
kesiannn3~

T.O.P.E.X said...

@4975924389600781637.0
dalam paya kat taman botanikal ayer keroh ke ziela?
haha~

T.O.P.E.X said...

@2695257547417506886.0
nasib baik pakai boxer masa dalam bayangan kau nih~

T.O.P.E.X said...

@8190597221401213121.0
betol ke?
amin~

T.O.P.E.X said...

@1525132022978784575.0
haha semangat nih dah lama aku ada.
haha cuma dalam tandas la.

HaZiRaH HaMzAH said...

adoyai...
gelak guling2 aq bace...muahaha....
sowie ek papa...cian dye...
g la suruh atok urutkan...huhu...

T.O.P.E.X said...

@8396554299517921305.0
atok kamu balik la..
tggl aku sorang kat dlm blk nih.,.
hrmmm~

geeds said...

haha!
i noe, xbaek ketawa kt org.
tp nk buat mcm mana, die nak ketawa jugak!

tak nak kawan yg nama alep tu tau yew..?
i'll go and tell him ok?
bukan ape, kesian kamoo jatuh sakit.
kalau die tau, blh die tolong tgok2 kn.
and and tolong gelak2 kn sekali...
ngEe~

Alepela said...

ntah ape la ko ni..kalw bgtaw at least aku leh urut2 ke..tp pas2 memng aku gelak kaw2 la~

hahahahahahahahhahahha.....>.<

Monkey D Luffy said...

baik ko check pinggang

mana tau ada effect masa tua ko

atau masa malam pertama

kakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...