Thursday, May 21, 2009

UKM Tersenarai Dalam 100 Universiti Terbaik Asia =]


KUALA LUMPUR 11 Mei — Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.

“Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. - Bernama


UKM di tempat ke berapa? Ok la ada gak dalam senarai.. =P



9 comments:

xuen adyla said...

hoho excited nya
bagus bagus

zura razak said...

bangga seh!

aken_surf said...

hehehe..bangga gak aku walaupn aku xblajar kt ukm...tp tmpt kje aku menumpang dlm ukm..hahaha

T.O.P.E.X said...

@7243186886464974459.0
tempat keje ko dalam UKM? ko keje mane?

T.O.P.E.X said...

@3529250866752311548.0
bangga? hahaha boley la. tapi dalam asia je. tu pon ranking brape ntah. kalau dalam dunia? tersenarai x? heheh~

T.O.P.E.X said...

@8745811192551230927.0
excited ea..
bagus jugak :P

Monkey D Luffy said...

huhuh

UUM takdak

kojah said...

wahhhh meletopssssssss!! =P

helmie affandi chew said...

tahniah utk UKM..
rsnye ukm dpt rank bawah 50 kot..

hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...