Wednesday, May 20, 2009

Kawan Baik Kawan Jahat


Salam tengahari. Ke dah petang? Mana-mana sajalah dong. Heh. Panas bebenar sekarang ni. Baru naik mandi pun dah tak selesa. Tengok la kat luar sana. Panas semacam. Pemanasan global dah makin kritikal. Dah nampak kesan dia kalau dilihat dari pelbagai aspek. Takyah susah-susah, paling senang nak nampak adalah cara pemakaian sekarang. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Tapi bila bercakap pasal pemakaian ni dah tentulah lebih senang kalau kita lihat dari aspek pemakaian wanita. Kalau dulu berseluar panjang, berbaju lengan panjang, dan bertudung sekarang mereka lebih senang berseluar pendek, berbaju tiada lengan, dan tidak bertudung. Buka sana sini. Nilah kesan dari pemanasan global. Heheh. Tapi tak semua wanita camtu. Masih ada saki baki wanita yang masih selesa menutup segala yang patut di tutup. Bertuah mak bapak punya anak gaya camni.

Ok cukup pasal pemanasan global. Saja nak cakap pasal pemansan global kononnya. Kalau lihat tajuk entri kali ni takde kaitan kot dengan pemanasan global. Haha.

Kawan. Korang kat luar sana dah tentu ada kawan kan? Paling tidak mesti ada mahupun seorang. Seorang je? Oh jangan dirisaukan walaupun kau hanya ada seorang kawan, kau dah boleh dikira bertuah sebab paling tidak kau tahu kau masih punya kawan. Jadi, senyumlah.

Kawan ada macam-macam. Hari ni aku nak cakap pasal kawan baik kawan jahat. Huh? Kawan jahat pun kira kawan ke? Ok mari lihat situasi ini.

Situasi 1.
Anda suka menghadap laptop. Sampaikan hidup anda sehari-hari banyak dihabiskan dengan menghadap laptop.

Kawan Baik : "Weh, sudahlah hadap laptopnya, jom la join aku joging, berenang, jalan-jalan kat luar pulak. Kau tak bosan ke hadap laptop je manjang? Ada gak aktiviti lain kau leh buat"

Kawan Jahat : "Weh, perangai kau hodoh la. Asyik ngan laptop je 24jam. Kau tengok aku, badan sasa sebab suka joging, selalu berenang, selalu sukan. Kau ngadap laptop je, kau tengok lah kau gemok boroi takde perempuan nak kat kau. Takde faedah kau ngadap laptop je manjang."

Kesimpulan : Kawan baik tu memang nampak bahasanya. Baik dan pandai ambil hati kawan. Kawan jahat tu? Dah terang2 bangga diri. Perangai macam apa je. Janganlah cakap hadap laptop je takde faedah. Kau tu yang tak hadap laptop sampai buta IT buta segalanya pasal komputer apa nak jawab?

Situasi 2.
Anda baru saja membeli pakaian baru atau apa saja barangan baru. Anda suka dan terasa nak tunjuk kat kawan anda barang tersebut. Dengan niat baik. "Weh, tadi aku keluar beli baju ni. Cantik tak?"

Kawan Baik : Lawa. Berapa weh harga dia? Mesti mahal ni kan? Padan la ngan kau. Lagi cantik kalau kau pakai ngan ni, campur ni, tolak ni bla bla blaa.."

Kawan Jahat : "Lawa. Mesti mahal. Kau ni kaya takpelah boleh mintak je duit mak bapak kau nak beli apa. Cakap je nak apa semua dapat. Motif kau tunjuk baju kat aku ni mesti nak bagi aku jeles kan? Dah la kau beli baju camni. Meletop2 la kau pakai nanti. Sangat stylo la konon"

Kesimpulan : Nampak ketara beza jawapan diorang bila anda mengharapkan respon yang baik. Kawan jahat terus cakap macam tu takde soal selidik. Manalah tau masa beli tu ada sale ke kan? Dah tu takde langsung yang positif. Kalau ada pun sekadar bau-bau bacang. Cukup ke?

Situasi 3.
Anda dan kawan sama-sama sertai satu kelab dan anda dilantik menjadi ketua kelab.

Kawan Baik : "Kau layak jadi ketua. Sebab tu aku bagi kau jadi ketua. Aku pun angkat tangan masa undian tadi. Nanti aku tolong2 la kau bila perlu."

Kawan Jahat : "Alah kau jadi ketua? Dahlah pemalas. Aku saja je angkat tangan untuk undi kau tadi sebab aku malas nak jadi ketua ni"

Kesimpulan : Kawan baik berniat membantu dan menyokong. Walaupun sekadar kata-kata. Nampak cara pemikirannya yang positif. Kawan jahat dahlah lari dari pegang tanggungjawab. Pastu nak kondem2 lak. Dah kalau dia rase kau tak bagus kenapa undi? Kenapa tak pegang jawatan tu sendiri?

Situasi 4.
Kawan anda dapat borang untuk menjadi ketua kelas/blok/kelab dan sebagainya. Dia ditugaskan menjadi atau mencari ketua kelas/blok/kelab tersebut.

Kawan Baik : Isi borang selengkapnya macam biasa. Kalau dia tak pandai/boleh jadi ketua kelas/blok/kelab tersebut pun dia cuba bertanya dan mencari kawan-kawan yang sanggup memegang jawatan tersebut.

Kawan Jahat : Terus datang kepada anda dan "apa nombor matrik/kad pengenalan kau? Kau kena jadi ketua kelas/blok/kelab ni."

Kesimpulan : Nampak la kawan baik pandai memegang amanah. Kawan jahat salah guna kuasa. Walaupun dia rapat dengan cikgu/felo/senior tapi dia tak boleh la buat macam tu. Tetiba je datang terus nak bagi jawatan kat anda. Sedangkan jawatan tersebut dah diamanahkan kepada dia sendiri. Apa punya kawanlah dia ni. Elak masalah untuk diri sendiri? Bagus. Letak masalah kat orang lain? Bagus ke?

Situasi 5.
Anda kenalkan kawan (lain) anda kepada kawan anda.

Kawan Baik : Dah lama ke kawan ngan dia? Macam mana perangai dia ok tak? Dia nih baik la kan? Tapi kadang-kadang nakal gak.

Kawan Jahat : Kau kawan ngan dia ni mesti menyesal kan? Dia ni perangai jahat. Semua yang jahat aku belajar dari dia. Dah la gay, kaki botol, tahi judi (alamak terlebih sudah)...

Kesimpulan : Kawan baik pandai berkomunikasi dengan kawan (lain) anda. Ini bagus. Maknanya kawan (lain) anda takdelah nak fikir negatif kat diri anda. Tapi kawan jahat dengan cara macam tu, dah terang-terang nampak yang dia cuba mengubah persepsi kawan (lain) anda terhadap diri anda. Usahanya murni bukan?

Situasi 6.
Anda nak mengadu masalah kat kawan anda. "Tadi abang @#$%^&*( call aku, dia..." belum habis cakap..

Kawan Baik : Asal? Dia marah kau ke? Ada masalah apa?

Kawan Jahat : "Perghhh, hot la kau dikalangan abang2. Sampai call lah apa lah. Mesti kau bangga sebab rapat dengan abang @#$%^&*( kan? Terang-terang kau dah selalu ngadu masalah kat dia kan? Sampai sanggup dia call kau apa semua bagai. Anak ikan ke?"

Kesimpulan : Kawan baik akan bagi respon yang baik bila anda memerlukan. Kawan baik tahu bila waktu gurauan dan bila waktu untuk serius. Baik bukan? Kawan Jahat? Hmmm 'WTF?' anda belum sempat abis kata2 dah fikir negatif. Macam ni nak ngadu apa pun tak jadi. Nampak sangat kawan jahat ni bukan pendengar yang baik. So kalau nak ngadu apa2 jangan sari kawan jahat ok.

Situasi 7.
Anda punya blog dan suka letak/bikin entri walaupun remeh-temeh. Kadang-kadang entri anda nyata merepeksematamata.

Kawan Baik : Selalu bagi komen yang membina. Tidak pernah mencarut-carut dalam blog anda.

Kawan Jahat : "Perghh, kau dah ada blog. Jadi kau rasa kau blogger la sekarang? Mesti kau rasa ayat kau penuh puitis dan indahkan? Mesti kau selalu tengok blog kau sebab kau rasa blog kau cantik kan?" Dan kawan jahat anda selalu jugak jenguk blog anda. Guna 'anonymous' dan maki hamun segala haram kat chatbox anda ataupun di bahagian komen. Pastu buat2 tanya kat YM, "weh aku dengar kau ada musuh yang selalu maki2 kat blog kau?".

Kesimpulan : Kawan baik anda selalu positif terhadap diri anda. Pandai ambil hati. Kawan jahat anda? Hmmm hebat tak lakonan beliau?

"Manis-manis si adik manis,
Manis umpama hai gula tebu,
Senyum-senyum ku lihat sinis,
Sinis di bibir tak pernah jemu."

Hampa bila kawan disangka baik adalah jahat =S.



12 comments:

xuen adyla said...

nah cokelat
manusia biasalah

zura razak said...

sabar ye sayang..(dah lama x panggil sayang)ahaks..

-WaN- said...

biase aa tu...manusia ada macam2..huhu
sabor je la yup...

Kapten Luffy said...

mcm2 perangai kawan

pilih ler

Taufik Jusoh said...

@2349629274813722074.0
haha cokelat?
manusia kan?
lumrah hidup betul.
aduyai2~

Taufik Jusoh said...

@7813428908466725698.0
erkkk sape ni?
ooo kak zura.
haha akak2..
sabar la ni~

Taufik Jusoh said...

@8362204276752409794.0
ha'ah manusia mmg mcm2 penig kepala pikir.

Taufik Jusoh said...

nak pilih kalau tersurat takpe.
tersirat yang payah ni~
haha~

adey manis said...

situasi 8 = bunkface. haha =p

Yeyy Yeyy said...

haha.

yg stuasi 7 plg dsukai.

mmg hapak mmbe xb0h nma pastuh d0k jles.

haha.stuju ngn anda!!

;D

Taufik Jusoh said...

@459966070812878309.0
hhahaa tau xpe.
hampeh je.
pastu wat2 tak tau sape yg duk ngutuk2 blog kite.. sabo je la :P

Taufik Jusoh said...

@337905556291347696.0
kalo bunkface tu len la :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...