Saturday, November 6, 2010

Benar kata cikgu.


Teringat lagi zaman persekolah dulu kala. Cikgu Natrah selalu pesan, "Kalau awak nak rasa enjoy kehidupan kat Universiti nanti, jangan ber-couple". Berkali-kali beliau ingatkan. Aku masa tu mana nak ambik kisah sangat, tak fikir mana pun pesanan beliau tu.



Sekarang, bila dah masuk universiti. Dah nak habis pun belajar kat universiti ni, aku mula sedar apa yang beliau pesankan tu. Sedikit sebanyak ada benar apa yang dikata. Dulu aku tak ambik pusing mungkin sebab tak berapa nak pandai fikir mendalam lagi. Sekarang bila aku dah lalui sendiri, baru aku perasan.



Kehidupan di universiti bagaikan waktu dimana kita mula mengenal kehidupan berdikari. Masa ni jugak kita dah mula belajar uruskan kewangan sendiri. Segala perbelanjaan semua pun kalau boleh nak gunakan pinjaman yang sedia ada. Tapi kalau dikira betul-betul mana nak cukup pun pinjaman tu untuk tampung kehidupan kita di universiti. 



Pelajar yang memegang biasiswa pun mengeluh biasiswa tak cukup. Cuba bayangkan pelajar yang meminjam dari PTPTN? Jumlah pinjaman lagi rendah dari jumlah biasiswa tau? Lagilah tak cukup kalau nak dibandingkan.



Berbalik kepada pesanan Cikgu Natrah. Kalau dah untuk diri sendiri pun duit biasiswa/pinjaman tak cukup, inikan pula nak belanja pakwe makwe segala? Sedarlah untuk menampung perbelanjaan yang tak cukup tu, kita mintak dari siapa agaknya ya? Mestilah mak ayah paling tidak pun adik beradik atau saudara mara kan? Cukup bermakna ke nak belanja pakwe makwe guna duit yang diberi oleh mereka? Fuh!



Itu mengenai kewangan. Bila kita tengok balik masa untuk diluangkan dengan kawan-kawan. Kadang kala habis terbatas segala. Nak keluar dengan kawan, pakwe makwe marah. Iri hati katanya. Memang kalau dikira, hidup di universiti ni bukan untuk bersuka ria tapi jangan tipulah kalau tak pernah merasa nak keluar berjalan ke sana sini bersama kawan-kawan. Bila ada pakwe makwe dalam universiti yang sama kan dah jadi susah? Nanti apa kata kawan-kawan bila kita sentiasa keluar bawak pakwe makwe tuh? Sedikit rimas kot?



Nak makan pun bersama. Nak beli baju pun bersama. Nak beli itu ini pun bersama. Nak pergi bayar yuran pun nak berteman. Nak pergi selesaikan itu ini pun nak berteman. Haish. Kalau sendiri tak rimas, nanti orang lain pulak naik rimas.



Tak rasa ke masa kat universiti ni la kita kalau boleh nak tambah kenalan sebanyak mungkin. Ini untuk kesenangan sendiri jugak tau. Kalau bukan kesenangan dalam universiti, kesenangan di alam pekerjaan nanti. Rasanya boleh survive ke kalau susah nak mintak tolong dengan pakwe makwe SAHAJA?



Kawan-kawan pun akan rasa kecik hati bila apa-apa hal semua pun nak bersama pakwe makwe. Kalau masa first year bukan main lagi senang nak mintak tolong kalau ada apa-apa masalah. Tapi bila dah mula ada pakwe makwe, jangankan nak mintak tolong, nak ajak keluar minum air setengah jam pun payah. Haish.



Bukannya apa, rasa macam rugi tak kalau masa di universiti ni tak digunakan sebaiknya? Baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan bersama rakan-rakan. Rugilah kalau segala masa pun nak dihabiskan bersama pakwe makwe sendiri. Tak enjoylah orang kata! Hmm..



Nota cikgu: Kalau pakwe makwe jenis tak kisah tak apa. Kalau pandai bahagi masa tak timbul pun masalah ni sebenarnya..;)

20 comments:

[ sHarpEx ] said...

kau ada makwe ke pek? aku takde? rekod bersih! haha

maya.sumaiyah said...

aku pon! rekod bersih gak. haha

Privacy_Resident said...

@[ sHarpEx ], nasib baik. Tapi bukan ada masalah pun nak ada awek. Cuma pepandailah bahagi masa. HAHA

Suehaily Mohd Jiwa said...

aku pun rekod bersih,,tapi hampir2 terjerumus dunia cinta weh !!nasib nasib tak terjerumus lagi

Privacy_Resident said...

@maya.sumaiyah, ko bukan couple ngan abang shaker ke?

Privacy_Resident said...

@Suehaily Mohd Jiwa, OMG! Dengan sapa? Aku ke? HAHA

maya.sumaiyah said...

bongok ko! kan ko yang couple ngan abg shasha.. haha

Privacy_Resident said...

@maya.sumaiyah, haish apahal aku pulak? Ko la budak2 ni cakap korang couple?

maya.sumaiyah said...

budus. aku tampa ko karang. *marah ni!!

[ sHarpEx ] said...

huiyo! maya da advance skrg! terbaek!
maya, aku doakan ko berbahagia sampai ke anak cucu! ^_^

[ sHarpEx ] said...
This comment has been removed by the author.
♥CIK SHA♥ said...

erk??tak jugak kot..macam yang ko cakap kat nota cikgu tu..aku sokong..hehhe..

aku couple time U jugak..tapi takde la smpai 24 jam nak meleket mcm belangkas..

die pun ade kawan2 die..aku ade kawan2 aku..semua urusan setel sendiri..pergi kelas pun sendiri2 je..

orang pun tak tahu ktorg couple melainkan kawan2 satu course dan kawan rapat..kui3..

maya.sumaiyah said...

shapex: abg shasha tu makwe topex la. haha

Privacy_Resident said...

@maya.sumaiyah, karang tu bila? HAHA.

Privacy_Resident said...

@[ sHarpEx ], amin~

Privacy_Resident said...

@♥CIK SHA♥, sebab tu aku cakap kalau pandai uruskan masa segala takde timbul masalah ni. Huhu. Tahniah kau pandai uruskan masa. Ajar akulah! HAHA ;)

bedah said...

aku setuju!!!!
kawan selalu dilupakan bila dah ade teman hidup yg lain. :(

adwafarahin said...

betul2!
baik enjoy puas2 hidup di uni nie tanpa ader makwe/pakwe
heaven gile
yg ader awek/pakwe mmg ssh gler nk ajk kua..
haihhh..

HonEyBuNNy said...

betul tu kata cikgu...bila d U...semua kita urus sndri....tp gatai jugak berpkwe2...heheh

nanad said...

sangat betul disitu..lagipun couple2 ni banyak effect kat study la tambah2 bile time gaduh atau break-up..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...