Thursday, August 6, 2009

Penangan kata seorang anak


Sejahtera ke atas kamu sekalian blogger-blogger tegar. Heh.

Sekadar menyambung bicara serius yang bermain di benak pemikiran. Bolehkah aku? Cuba.

Seminggu aku dirumah. Bercuti. Gara-gara 'chicken pox' yang aku dapat. Jangkitan? Redha. Sepanjang seminggu di rumah, nyata bermacam-macam cerita dan pengalaman yang aku peroleh. Tambahan lagi rasa rindu yang amat. Lama tak balik.

Antara cerita yang aku dapat sepanjang berada dirumah adalah mengenai kawan kepada mak aku. Biarlah dia dikenali sebagai Makcik Bibah.

Makcik Bibah orang terpelajar. Bijak. Berwawasan. Tegar. OK nak ditegaskan terlebih dahulu disini, Makcik Bibah ni nama samaran ok. Ok sambung cerita. Makcik Bibah dulu orang susah. Hidup kais pagi makan pagi. Breakfast la kiranya. Kais petang makan malam. Sebab lepas kais petang, dia mandi apa semua bagai, malam barulah boleh makan. Boleh?

Kehidupan susah itu bukan penghalang. Berkat usaha gigih dan dorongan keluarga, Makcik Bibah antara orang kampung yang berjaya ke puncak menara gading gajah. Menyambung pembelajaran dengan azam dan tekad usaha, akhirnya Makcik Bibah dikenali sebagai seorang doktor. Dah berjaya lah kiranya. Boleh la nak panggil Doktor Bibah kot. Haha.

Meneruskan kerjaya sebagai doktor berjaya, Makcik Bibah akhirnya mendirikan rumah tangga. Dengan Pakcik Leman. Habis semua watak dalam cerita aku ni nak letak nama orang lama-lama. Anyone nak marah? Yang penting Makcik Bibah dengan Pakcik Leman Bahagia. Dapat anak 3 orang. Milah, Minah dan Mona. Masa Mona lahir tu zaman dah terkedepan sikit, sebab tu nama dia ala-ala moden sikit ;)

Makcik Bibah sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. Tuhan menguji kehidupan bahagia keluarga Makcik Bibah. Mona, disahkan menghidap kanser. Kanser apa eh? Aku lupa. Tapi yang penting dibahagian perut. Kanser perut lah kan? Kronik penyakit itu menyebabkan Mona dibedah. Dibuang apa ntah dibahagian perut beliau. Belah kiri.

Mona diserang kemurungan. Kesedihan. Emosi yang tidak terkawal dan sebagainya. Pembedahan bukanlah dilakukan oleh Makcik Bibah kerana sakit Mona adalah diluar bidang kerja Makcik Bibah.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak lama selepas pembedahan, sakit Mona kembali. Doktor mengesahkan kanser Mona merebak ke bahagian kanan perut beliau. Jalan penyelesaiannya adalah menjalankan pembedahan dibahagian perut sebelah kanan Mona pula.

Mona tidak dapat menerima takdirnya. Kesan emosi yang tidak terkawal, Mona berkata kepada Makcik Bibah "tak guna mak jadi doktor, sedangkan sakit Mona nih pon Mak tak dapat rawat".

Tersentap dengan kata-kata Mona. Makcik Bibah termenung. Kata si anak terngiang-ngiang di telinganya. Berulang-ulang dibenak pemikirannya.

Nak salahkan Mona? Tekanan yang diterimanya agak besar. Rasional pemikirannya tidak dapat dikawal dengan betul tika dan saat itu.

Penangan kata-kata Mona menyebabkan si ibu tidak dapat menjalankan kerjanya secemerlang lampau. Segala kerja tidak menentu. Si ibu meletakkan kata-kata si anak 200% atas kesalahan dirinya sendiri.

Akhirnya Makcik Bibah berhenti dari menjadi seorang doktor. Itu yang terbaik baginya ketika itu.

Namun, dia masih berjaya. Sebagai pemilik Restoran Makcik Bibah.

Segala yang berkait tentang ilmu kedoktorannya dilupakan. Semua itu akan mengimbau kembali kata-kata Mona kepadanya.

Rasa macam drama pula. Tapi itulah cerita sebenar Makcik Bibah.






4 comments:

joegrimjow said...

rezeki allah
kat mana2 pon ada

geeds said...

ape jd pd mona???

Taufik Jusoh said...

Mona lepas pembedahan kali kedua tu dah ok. cuma ada yang tidak sempurna la kan. Thanks God aku tak sakit ape2.

izansalleh® said...

kalo aku pon sentap kottt...
semoga mak cik bibah berjaya di bidang masakan plak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...