Monday, September 28, 2009

Jom solat di awal waktu ;)




Assalamualaikum. Ni la dia pasal apa malas sangat nak update blog. Wahaha. Kalau dah update, nak letak itu nak letak ini, nak bikin entri itu nak buat entri ini. Haha. Kali ni kononnya ada perasaan nak bicara serius. Boleh?



Bicara serius kali ini adalah mengenai solat. Solat jangan main-main oh. Tiang agama!


Biasanya, aku sendiri jarang solat on time. Jarang solat awal waktu. Kadang Subuh pun Subuh gajah *ye ke gajah? ntah2 dinosor x? Zohor pun dalam pukul 3.. Ishh teruk tak? Ni aku bagi contoh pasal diri sendiri la ye, pasal korang aku tak tau pulak *susah nak bagi contoh pasal orang lain ni kalau diri sendiri terumbang-ambing.


Umum mengetahui *cis ayat esei masa SPM. bahawa Islam memang terbukti kebenarannya. Dari segi sains pun dapat membuktikan bahawa Islam memang memberi faedah kepada pengamalnya. Tak percaya? Ok sila baca seterusnya untuk mengetahui betapa solat pada awal waktu memberi faedah yang cukup berguna pada kita..


Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. 5 waktu. Jika diteliti sebetulnya, memang waktu-waktu ini menunjukkan perubahan waktu dari awal pagi, pagi, petang, maghrib dan malam *mestilah kan? tak kan kelima-lima solat waktu pagi saja pulak? So perubahan waktu-waktu ini juga menunjukkan perubahan tenaga alam yang dikaji melalui perubahan warna alam *yang ni kalau tanya orang-orang fotografi confirm semua tahu pasal ni. 


Ok kita lihat satu per satu.


1) SUBUH.


Masa subuh ni, alam menunjukkan spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Melalui apa yang aku baca, warna ini mempengaruhi rezeki dan komunikasi. Patutlah sebelum-sebelum ni aku dengar orang kata kalau selalu tinggal Subuh, rezeki susah masuk dan akan alami masalah komunikasi.



Tenaga alam berada dalam keadaan optimum bermula azan Subuh. So dikatakan tenaga-tenaga itu akan diserap apabila kita rukuk atau sujud dengan menggunakan konsep resonan.. *pergh! menarik kan? Itu kalau di awal Subuh. Kalau lewat, mungkin masih ada tenaga yang diserap tetapi bukan pada tahap optimum.




2) ZOHOR.


Dari warna biru muda waktu subuh tadi, alam akan mula bertukar rupa kepada hijau (isyraq & dhuha) dan seterusnya kuning. Kiranya waktu alam bertukar kepada kuning ni, waktu Zohor la. So masa ni pulak, spektrum warna dikatakan berkait dengan sistem penghadaman. Ia berkait dengan frekuensi perut dan hati *nah kau! sebelum ni aku tak tau pun.. 


Kan warna kuning berkait dengan keceriaan? Sebab tu la kalau sentiasa tinggal Solat Zohor, kita akan hilang rasa keceriaan. Ada masalah perut. *hish kalau ada sakit perut boleh ceria ke? Mesti berkerut-kerut dahi kan?


3) ASAR.


Warna Oren. Oren berkait dengan sistem reproduktif kita. *apekebenda pulak sistem reproduktif? Hehe aku pun pada mulanya tak tahu tapi mengikut yang aku baca ia adalah seperti prostat, uterus, ovari dan testis. Maknanya spektrum warna Oren berkait dengan frekuensi sistem reproduktif tu la. Lagi satu, warna Oren ni melambangkan kreativiti. 


Kalau selalu tinggal Solat Asar, nanti hilanglah daya kreativiti kita. Bertambah malang lagi kalau waktu Asar ni jasad terpisah dengan roh kita. Pahamlah kan? Hish kiranya kita tidur la. Haaa sebab tu la tak boleh tidur waktu Asar *aku sendiri nak cuba kurangkan tidur waktu Asar pasni.


4. MAGHRIB.


Waktu macam ni orang-orang lama kata jangan duduk luar rumah. Sebab dia? Sebab waktu ni, alam kan bertukar menjadi Merah *tak percaya cuba tengok langit waktu-waktu camni kan ada warna merah-merah? yang berkait dengan  frekuensi jin dan iblis (infra-red) *waktu ni Encik Jin dan Puan Iblis kuat bertenaga sebab mereka jadi resonan dengan alam. Infra-red pada handphone jangan tanya aku.



Warna Merah adalah berkait dengan keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Kiranya kita dalam perjalanan balik rumah pun, dinasihatkan singgah mana-mana untuk Solat Maghrib dulu sebab masa ni pembelauan rancak berlaku. Boleh kelirukan mata la.




5. ISYAK.


Kan tadi masa dekat-dekat Maghrib, warna alam bertukar ke Merah? Cuba tengok lagi lepas tu, alam akan bertukar kepada Indigo dan seterusnya masuklah ia ke fasa kegelapan. Frekuensinya berkait dengan sistem kawalan otak oh. Ia menyimpan rahsia tentang kedamaian dan ketenteraman.


Sebab tu umumnya kita tidur dalam gelap. Islam menggalakkan beginilah. Ia dikira tidur delta sebab seluruh tubuh berada dalam keadaan rehat. *jangan pulak korang tanya aku pasal mereka yang hidap imsonia ;)


So apa lagi? Lepas ni jomlah usaha untuk Solat awal waktu ok.. SELAMAT BERAMAL.


kredit kepada : pakarhowto


Risau lepas ni ada pulak yang kata aku pandai kongsi saja tapi tak amalkan. Kena faham konsep dakwah la kalau camtu OK ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...