Sunday, September 27, 2009

Perubahan berdikari maju diri


Salam Syawal para rakan dan taulan. *terlewatkah aku?

Jika ada yang masih bertanya kenapa blog ini dibiarkan usang. Ini jawapannya..

"aku cuba untuk tidak menyakitkan hati orang yang tiada dalam niatku.."

Yelah, memang benar apa yang aku baca sebelum ini. Biasanya kebenaran itu adalah sakit dan membosankan. So no wonder la kalau ramai yang lebih senang menjadi hipokrit sekarang ini. Kan kan kan? ;)

Tergerak tangan untuk membuka entri baru *tangan ke jari?

Ramadhan ya Ramadhan. Berlalu sudah. Akan tiba pula untuk mendatang Insyaallah.

Kali ini apa yang ingin ku kongsikan adalah mengenai apa yang aku lihat. *aku harap segala kandungan entri kali ini tidak disalahtafsir hingga menjadi onak dalam hati dan benak sesiapa. Tolonglah. Aku mintak tolong sangat-sangat.

Kita ini tidak sempurna. Ya. Betul kita tidak sempurna. Kita banyak kekurangan. Celah situ sikit, celah sana sikit. Pasti ada yang tak kena. Yang boleh, kita baiki. Yang susah kita usahalah. Janganlah bila tengok ada yang usaha kita sedaya upaya lunturkan kegigihan itu. Haiyo matilah kalau semua yang kita tengok SEPERTI apa yang kita ada, terus kita kata..

"Kau tiru aku. Apa yang aku ada mesti kau nak juga."

Salah. Salah sangat-sangat. Kadang sesuatu benda dan perkara itu memang tak dapat dielak kebersamaannya. Kadang citarasa manusia pun ada yang serupa. So, kenapa mesti marah kiranya kawan kita ada apa yang kita ada? Susah.. Susah..

Syawal baru ini. Suka dan gembira. Biarpun ada juga terselit hiba dan duka. Tapi tak perlulah jadi manusia yang paling sedih pada hari yang gembira itu. Chill.

Syawal baru ini mengajar aku sedikit erti PERUBAHAN. Bahaya oh perubahan ni. Yang elok tu, eloklah.. Yang buruk ni yang jadi masalah. Haish mintak simpang jauh-jauh.

Sekarang aku belajar jauh. Biarlah bukan jauh sangat sampai ke luar negara tapi tetap jauh *Luar negeri je.. Boleh? So kadang ada jugalah terlintas difikiran rasa sedih. Hey sebab apa? Sebab kita belajar jauh dari kampung sendiri kan? Sampaikan kita lebih ramai kawan dari negeri-negeri lain berbanding negeri atau kampung sendiri. Tak gitu? Dulu aku fikir, "takde hal lah, lek-lek sudah". Tapi hari tu bila balik rumah, ada kenduri depan rumah pun segan nak turun sebab takde kawan. *terpaksalah kontrol hensem pergi sorang-sorang. Loser tak?

Susah... Susah... Belajar jauh-jauh dari mak bapak ni *mak ada lagi, ayah dah pergi.. Kalau dekat tu kira ada la yang pantau. Kalau jauh ni? Pantau jualah kiranya kalau ikut handphone je kan? Lain oh.. So satu perkataan la nak bagi kita ni tak terpesong. BERDIKARI. Boleh?

Sebab kita ni makin ke depan makin berusia. Makin lama makin dekat dengan tamat usialah orang kata. Nak sedap lagi boleh la tambah ayat "rumah kata pergi, kubur kata mari" *Haish macam takde kaitan la pulak.

Yang aku nak cerita, pasal duduk jauh pastu perangai berubah ni. Kalau dulu dia tu punya tertib lentik sampai tengok yang tak elok geleng kepala sambil lari ala-ala pecut 100 meter kononnya taknak terjebak. Tak suka lah ni kiranya. Tapi bila belajar luar, campur sana sikit sini sikit habis berubah. Yang tak elok tu makin dekat. Kalau dulu pecut lari jauh-jauh, sekarang pecut juga tapi nak bagi makin dekat makin rapat dengan benda yang tak elok.

Kejutan budaya ke? Bagi aku kejutan budaya tu kadang memang akan terjadi kat semua. Cuma level dia tu antara tinggi dengan rendah.. Alahhh kira antara buruk dengan elok la ni. Sebab tuh aku kata BERDIKARI. Jom-jom BERDIKARI. Mak dah bagi kepercayaan kan so janganlah nak hampakan. Kan mak dah pernah pesan..

"hidup kalau tak boleh senangkan orang, janganlah susahkan orang".

So tak reti-reti lagi? *pesanan untuk diri sendiri, kena tekankan pasal ni takut ada yang tersalah pusing ayat tu jadi maksud lain nanti.


Jangan buat sedap telinga je orang kata "dah besar dah kau ni, dah pandai BERDIKARI kat tempat orang lain" walhal kat belakang mata macam-macam ada. ;)

Kenapa kerut-kerut dahi? Buruk benar gayanya. Jangan tanya kenapa merepeksematamata sebab link dia pun dah kata merepeksematamata kan. So janganlah banding apa aku tulis dengan apa orang lain atau kau sendiri tulis sebab aku merepek je. Yang kau tulis tu je la yang benar-benar belaka. Kan kan kan?

Akhir kata. Majulah DIRI untuk DIRI SENDIRI.

Rasanya takde yang lebih handal merepek melainkan tuan empunya blog merepeksematamata ni. ;)

1 comment:

~ainun~ said...

siyes..
aku akui kemerepekan kau..
haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...