Thursday, November 19, 2009

Kasut dan masjid.


Assalamualaikum. Sihat? Macam biasalah kalau sihat bagus, kalau tak sihat pun bagus. Sekarang musim hujan so bagus demam-demam masa ni boleh jadi tambah teruk. So silalah demam ok?!


Demam :(



Kepada yang bercuti macam biasa jugak, selamat bercuti. Kepada yang tak bercuti sebab ada aktiviti, selamat beraktiviti. Kepada yang bercuti tapi bosan sebab terperuk duduk kat rumah je, padan muke diucapkan. Haha! Kuarantin ke? Ok tak ditujukan kepada sesiapa ye. Haha! :P



Oh wajib kuarantin!

Kali ni nak cerita pasal kaitan Masjid/Surau dengan Kasut/Selipar Cantik/Baru. First sekali kita faham apa itu Masjid dulu. Mana la tau kot-kot ada lagi yang buta huruf, buta tuli tak tahu apa tu masjid kan? Mari sini nak bagitau masjid tu apa. Dari kamus dewan sendiri, masjid maksud dia bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. Hah tu sebijik-sebijik aku salin dari kamus dewan online [link].



Apa dia adik-adik? MASJID!! Pandai..
 
Lepas Masjid kita kenal pulak apa itu kasut. Kot-kot ada orang-orang yang masih belum kenal apa itu kasut. Sebab terlalu pandai sampai kasut pun dah tak kenal. Susah jugak kan? Terlebih bodoh susah. Terlebih pandai pun susah. Dah tu nak jadi apa? Huhu. Ok Kasut adalah sejenis benda yg menutup kaki sampai ke atas buku lali. Hahah! Kelakar la pulak. Tu pun sebijik salin dari sini [link].



Apa dia adik-adik? KASUT!! Erkk! Ok kalau kasut camni sumpah taknak pakai..

OK dah tahu apa itu Masjid? Dah paham apa itu Kasut? Bagus-bagus pembaca blog ni. Cepat paham. I like!

Seterusnya kita pergi ke bab memahami apa kaitan antara Masjid dan kasut.

Bila kasut yang dipakai adalah baru, ini bermakna potensi untuk kasut itu hilang apabila di bawa ke masjid adalah lebih besar. Jika kasut buruk? Ada orang kesah? Nak pandang pun tak. Kan?




TOLONG jangan pakai kasut camni pergi masjid!

Dah terlalu banyak kes hilang kasut baru bila bawak pergi masjid. Masalah ni kena settle bebetul sebelum ia jadi lagi teruk sampaikan orang segan nak pergi masjid bila pakai kasut baru. Adei! Yelah dah kalau pergi masjid pakai kasut baru, potensi untuk kasut tu hilang adalah tinggi kan? So ada yang memilih untuk tidak ke masjid bila pakai kasut baru. Masalah tu!

Untuk pengetahuan semua, masalah ini sepatutnya tak timbul sekiranya korang amalkan petua elak kasut hilang di masjid ni. Apa petua dia? Senang gila kot. Sangat senang. Mula-mula rebus air dalam periuk, kemudian masukkan kasut yang baru dibeli ke dalam air rebusan tu. Jangan lupa masukkan sekali asam keping dan sedikit garam kasar dalam air rebusan tu. Dah cukup rasa, boleh keluarkan kasut dan jemur sehingga kering. Kasut itu kemudiannya boleh pakai sesuka hati tanpa rasa takut hilang dan sebagainya lagi dah.

Ada yang ikut tak petua atas ni? Kalau ada, bagus. Korang lah pengikut paling setia yang pernah aku ada. Pengikut yang setia. Pengikut yang bengong. Ops!


"Sebenarnya petua sebenar dia, korang asingkan kasut sebelah kanan, dengan kasut sebelah kiri. Contohnya, letak kasut sebelah kanan kat depan pintu hadapan Masjid. Kasut sebelah kiri pulak letak kat depan pintu belakang Masjid. Siap! Kan mudah kan? Renung-renungkan. Selamat merepek!"

Nota kasut atas muka : PR dah jatuh cinta. Tengah angau sekarang. Nasib baik tak kena kuarantin kat rumah sekarang ni. Haha! Gurau!


11 comments:

maya said...

whoaa..
papa kite da jatuh cinte kat kasut
wahaha..

opahcute('',) said...

motif...
ko mesti x pyh riso kan topex..
sbb ko punyerr kasut ke selipar keh..
sume buruk...hoho...;)

Privacy_Resident said...

citpodah! aku jatuh cinta kat kasut watpe..

opah, aku nye kasut/selipar semua curi dari masjid! haha

Ain Butterscoth said...

menyusahkan je petua ko tu
kang nak balik
kne g belakang masjid dulu ke dpn masjid dlu?
hahahhahaha.....

Privacy_Resident said...

daripada kasut ko yg baru2 cantik tu hilang. baik ko buat walaupun susah. haha

muhammad arrabe' said...

topek... ni kejadian dia masjid perlis ke?
waktu solat jumaat tu ke?

buat ain: topek tu bagi contoh je, maksudnya asing2kan. tak perlulah sampai depan dan belakang masjid.. hehe.
btw, tak menyusahkan.. tapi kalau dah ilang lagi susah..

Ain Butterscoth said...

huhuhuhu..
kang letak lain2
diri sendiri lak lupe

Rara said...

woo..asl muke mamat tuhh b'bulu2 cmtu..cm ****..tkot ak tgk..ehh,ptua ko besh la..leh rekomenkn kt bpk ak t..hehe :D

DilOt said...

hilang kasut ni mmg berlaku kat mane2 negeri daerah dan kg...

arap2 yg asingkan kasut tu..bukan seorang pelupe..kalau tak..balik kaki ayam gakla....ke nak pinjam kaki ayam je..=)

daylachan said...

kaki ayam sudey...
xpayah sorokkan kasut..haha

job said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...