Monday, November 9, 2009

Kelantan Oh Kelantan!


Selamat pagi! Awat busuk sangat mulut ni? Pergi gosok gigi dulu boleh? Terima kasih. Haha.


Haaaaa?!! Mulut ke longkang ni?


Nak tanya, siapa tengok perlawanan akhir piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan baru-baru ni? Macam biasa stadium penuh dengan manusia, dan beberapa peristiwa yang tidak enak berlaku. Kalau enak korang boleh la buat sarapan.

Antaranya, mercun yang dibaling oleh penyokong Kelantan serta kerusi yang dibakar. Habis lah cacat Stadium Nasional Bukit Jalil kan?


Ada jin keluar ke berasap-asap ni?


Hari ini. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berhadapan dengan satu tindakan keras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). FAM turut mengenakan denda iaitu penonton tidak dibenarkan masuk ke stadium atau diharamkan terus daripada menyertai Liga Malaysia tahun hadapan. WOOOP!!

Disini diserta sedikit info berkenaan keganasan penyokong Kelantan :
  • 1 Mac 2009 - Penyokong Selangor dan Kelantan membaling objek antara satu sama lain di Stadium Shal Alam dalam perlawanan Liga Super.
  • 1 April 2009 - Penonton membaling objek di Stadium Sultan Muhammad ke-IV ketika saingan Liga Super menentang Negeri Sembilan.
  • 7 April 2009 - Trak Polis dibakar dan kereta penonton dipecahkan selepas penyokong Kelantan mengamuk di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dalam saingan separuh akhir Piala FA pertama menentang Negeri Sembilan.
  • 9 April 2009 - FAM mendenda KAFA RM90,000 dan menggantung Stadium Sultan Muhammad ke-IV daripada sebarang perlawanan Liga Malaysia.
  • 7 November 2009 - Beberapa kerusi dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dibakar dan penyokong serta pemain Negeri Sembilan dilaporkan diserang oleh peyokong Kelantan di dalam dan diluar Stadium pada Final Piala Malaysia.

Ada bakar-bakar ni. Kenapa takde orang pusing-pusing macam India kahwin?

Haiyo macam mana ini? Habis mengancam keselamatan penonton dan pemain ni. Ni main bola ke main perang-perang? Peng! Peng!

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan peristiwa yang dicetuskan penyokong Kelantan dalam perlawanan Final Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Kelantan Oh Kelantan! Taknak la dow buat camni. Malu Negeri. Malu Negara. Hish! Apapun, lama tak makan budu ni! Nak gi cari kat kafe jap lagi ada tak budu.. Huhu layan~

Nota perang : Perang dalam negeri. Perang antara negeri. Akan datang perang dalam negara? Perang antara negara? Hmmm.

16 comments:

opahcute('',) said...

rjin gile die update blo pg2 nie...
cian org klate...

Privacy_Resident said...

kesian kenapa opahnye?

opahcute('',) said...

mesti la kesian kalo nnt depe x le msok stadium...

Privacy_Resident said...

itulah pasal. hoho. harap le pasni xde lagi jadi keganasa2 ini ye dok? haha

opahcute('',) said...

harap2...
weh...mu dh jumpe ke klkulator

opahcute('',) said...

penuh ngan muslihat iklan itu utk p ke nuffnang

geeds said...

mrk sgt horror.
kne msuk kelas pemulihan kesedaran.

Privacy_Resident said...

@geeds, wahaha nak buat kelas pemulihan? ramai kot :P

miss izan said...

tak amek sivik eh dulu ;P

cikin said...

well tu kalau dah fanatik nak bwt mcmne kan?tp akak suke jek kalau dpt orang kelantan.eh lari topik!BAHAHAHAHA:DDD

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

apasal depa tak bawak bom jangka??lagi besh...

Pa'An said...

mereka memang sangat melebeyh...

Rara said...

agak mlampau la dowg ni..dh klh nk wt cne kn..ishh..

Rara said...

agak mlampau la dowg ni..dh klh nk wt cne kn..ishh..

beDAhkAriM said...

n9 menang..yeyeye.. ;)

LuVidA^^ said...

xde adab betol la...
nsb zaquan ngan aidil ensem..kalau x, mls da tgk mlm tu =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...