Sunday, November 15, 2009

Mantain Ziana Zain.


Selamat bercuti semua. Selamat berkasih dan sayang di rumah. Selamat bergembira melonjak-lonjak macam orang gila. Selamat tidak selamat aku ucapkan.

Wahaha. OK jangan ambik hati dengan ayat-ayat yang memang kurang asam kat atas tu. Sekadar melepaskan batuk di tangga amarah di kepala. Hoho. Sudah lama juga ya aku tidak ke sini. Ke blog ini. Merepek di sini. Menanti di maki-maki di sini. Oh aku rindu itu. Hahah! Teringat pula makian dari Kelawar Malam. Hoho Sudah lama itu. Tapi masih baru di hati. Haish apa jenis bahasa aku guna? Matilah BM A2 je SPM dulu.

Emosi sedikit tak stabil. Sedikit sahaja ok. Takde banyak-banyak ni. Nak banyak bikin emosi sendiri boleh? Hahah! Sekarang.. Sekarang.. Yelah! Sekarang la bodoh pandai! OK Sori sengaja maki. Sekarang nak tumpu kat aktiviti.

Mula-mula rasa suka rasa gembira sebab nak join ni. Tapi tadi dapat berita menyayat hati bagi aku. HUHU. Bagi aku la. Kalo bukan bagi korang takde sape nak kesah. Aku tak kesah. Korang pun jangan kesah. Hoho.

Tadi kakak atas aku call nak mintak dapatkan statement RHB bank dia. MATILAH mana aku nak dapatkan kan? Katanya RHB bank yang dia pergi kat Terengganu tu cakap (bank boleh cakap?) boleh dapatkan melalui internet sebab RHB bank Terengganu tak dapat keluarkan statement akaun dia sebab (berapa banyak sebab?) dia bikin akaun tu dekat Klang. Apapun Sungai Klang memang busuk (ok iklan je. Takde kaitan)

Cari punya cari kat internet akhirnya aku berjaya. Berjaya untuk tidak mendapatkan statement itu! Yeah! Padan muka ko kak. Lalala. Nasib baik dia call balik cakap dah dapat dah statement itu. Lala terlepas tugasan aku yang remeh itu.

OK cerita ni sampingan sahaja. Mood masih ok tika dah saat itu. Tetiba kakak aku ni cakap yang mak aku sakit wo. Demam tak boleh bangun. Aisemen ni nak tipu ke nak gurau ke? Kalau gurau camni mau kene penyepak dengan aku (matilah adik derhaka nak sepak kakak sendiri). So lepas cakap-cakap kosong dengan kakak aku ni, aku teruskan kerja-kerja aku (kerja la sangatkan?)




Wacca! Ops sorry ingatkan bola tadi!

Mesej masuk. Dari kakak aku sorang lagi yang ada kat rumah. "Mok demam dokleh bangun" (lorat Terengganu ye). Oh ni bukan gurauan lagi. Mak memang demam ni. Terus call mak. Kakak yang angkat. Blablabla pastu baru leh cakap ngan mak. Anggaplah kakak aku PA mak aku sekarang.

 

Mak cakap suara nak mantain Ziana Zain je. Taknak kalah tu. Tapi ade getar-getar. Ke ketar-ketar? Apa-apa jelah janji tar tar. SAH! Mak memang demam. Puas nak suruh mak cakap sendiri mak demam. Taknak ngaku tu. Sampailah aku cakap yang kakak-kakak aku yang bagitau. Huhu mak oh mak. Kenapa taknak bagitau anak lelaki mak ni yang mak demam? Memanglah tak dapat buat apa tapi at least bagitau la. Huhu.



Mak sehatlah!!!!! (tarik lagu dingin)

Mak sayang aku kot. Sampai taknak bagitau takot aku susah hati. So sekarang aku dah tau. Memang susah hati. Wuuu~ (nangis jap)

 


Hensem tak aku nangis?


So kesimpulannya marilah kita mandi. Sekian cerita harini. Panjang kan? Lantaklah aku pun tak tau kenapa entri ni jadi panjang. Sebab aku tulis banyak kot? Kan? Hah merepek lagi.

Nota mak : Mak sehat mak dah makan ubat. (mak, sehat kenapa nak makan ubat?) huhu.


3 comments:

miss izan said...

get well soon mak topek. ko pos la obat2 sekotak tanda ingatan ko pada mak ko ;)

Paan said...

Orang lain start cuti, gua start sem baru. Apakah? Gi lantak situ.

Get well soon pada mak lu.

maya.sumaiyah said...

hoho..
aku doakan smoge mak ko cepat baik..
aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...