Wednesday, December 30, 2009

Tips nak kawan lama-lama.


Salam sejahtera salam 1 Malaysia! Sambil jari telunjuk (one malaysia) korek hidong.


Ya! Korek Idong cara melampau ok!

Sebelum merepek lelebih nak tanya dulu. Siapa kat sini takde kawan? Angkat jari telunjuk (one malaysia) tinggi-tinggi! OK kepada yang angkat jari ni padan muka sebab takde kawan..

Kepada yang tak angkat tangan bagus-bagus sebab ada kawan. Kat sini aku nak kongsi tips nak kawan lama-lama cara merepek daripada aku. Sekali kawan selamanya kawan orang kata. Ntah la ada betol ke tidak. Kalau ada ikot celah mana yang betolnye? Hah sendiri pikir.



---------------------------------------------------------------------------------------

1) Jujur.
Jujur. Ah biasalah tu. Jujur. Konon. Tapi betol dow mesti kena jujur. Jujurlah dalam berkawan. Jangan berkawan atas dasar nak kan sesuatu. Orang kata "ada udang sebalik batu". Aku kata "ada taik idong disebalik bulu idong". Korek cepat! Lagi satu! Nak tekankan kat sini. Jujur jujur gak. Tapi agak-agak ah sampai luar dalam habis semua nak cerita. Ini bukan jujur. Ini bongok. Pandai-pandailah pikir yang mana patut. Yang mana tak patut.

2) Ambil Berat.
Kalau kau dah kawan. Kau ambil berat pasal dia. At least.. At least ye! At least kau tanya dia "dah makan ke belum?" Kalau dia jawab "belum" Kau boleh jawab "ok jom aku teman kau makan then kau belanje aku makan sekali!". Jangan lupa gak tanya dia "sehat tak?". Kalau dia tak sehat, macam biasalah. Kau cakap "padan muke kau!" dengan nada berlagak and tak kesah langsung. Tapi lepas tu kau pergi la hegeh-hegeh kat mane carikan dia obat. Contoh kalau dia demam. Kau cari panadol. Kalau takde panadol sangat dah, kau bagi je obat buasir. Atleast kau bagi obat! Kan?





Kalau dia kena asma, kau bagi shieldtox ni ganti obat asma.

3) Kongsi.
Kongsilah barangan yang boleh dikongsi dengan kawan kau. Contoh barang yang boleh dikongsi? Makanan, bekas makanan, minuman, bekas minuman, garpu, sudu, cawan, pinggan mangkuk (semua contoh berdasrkan makan minum sebab tengah lapar ni). Jangan lupa! Haaaa jangan lupa! Ada benda yang tak boleh dikongsi. Contohnya? Spender, pakaian dalam segala benda eeeyerrk tu!.. Nak kongsi jugak? Hah lantak kaulah. Aku? Aku kongsi je. Dengan sape? Hah yang ni kita tak tau ye. Haha. Gurau.




Jangan rebut-rebut! Aku cakap KONGSI!!

Tapi Benda selalu dikongsi kalau kau dah kawan? MASALAH! Biasalah bila ada masalah baru kau jumpa kawan kau kan? Aku? Oh aku tak! Aku baik. Lalala~ Kongsi masalah. Kongsi pada kawan kau sebab kau percaya kat kawan kau. Tapi biasalah. Ada masalah yang boleh kita kongsi, ada masalah yang kita taknak dan tak boleh nak kongsi. Kan? So dalam hal ni pandai-pandailah kongsi. Ada sesape yang suka kongsi awek kat sini? Jom jadi kawan aku! Please~

Jangan lupa jugak yang bila kau dah kongsi masalah kau tu. Kau jangan la letak sepenuh harapan yang kawan-kawan kau tu boleh tolong kau. Tapi fikir positiflah. Kalau dia tak dapat tolong pun, paling tidak dia boleh jadi tempat kau mengadu masalah. Takdelah kau sakit jiwa kelak sebab pendam sorang-sorang. Perlu aku ingatkan lagi. Jangan sampai kau kongsi masalah dengan kawan jahat kau. Sebab nanti masalah kau yang kau kira rahsia rahsiaan tu akan jadi masalah semua orang. Masalah satu kolej. Satu kelab. Satu Universiti. Jangan kawan dengan kawan mulut tempayan. Haiyo.`

4) Terima Kasih.
Ni jangan lupa. Bila kau dah ada kawan. Walaupun kau rasa kawan kau tu tak perlu pun ucapan terima kasih dari mulut bau longkang korang tu, korang cakap jugak. Sedangkan kalau bukan kawan kau tolong kau pun kau kena ucap terima kasih, ni kan pulak kawan kau sendiri kan? So ucap terima kasih. Jangan malu. Kalau mulut busuk cari cara lain nak bagi terima kasih. Mesej pun boley. Dah segan sangat bila bukak mulut je bau longkang kan?




Yeah! Bau mulut kami sama!

5) Ikhlas.
Jujur ngan ikhlas sama tak? Macam lebih kurang je. Haha. Ok camni. Bila kau kawan, kau kena ikhlas. Bila kawan kau susah, kau kena tolong dengan ikhlas. Bila kau bagi hadiah kat kawan kau, kau kena ikhlas. Semua kena ikhlas. Nanti ko dapat berkat. Kawan kau pun dapat berkat. Sama-sama berkatlah ye. Kalau kau tak ikhlas apa jadi nanti? Jadi macam haram. Kau dah tolong, pastu lepas pada tu kau ungkit. Ungkit sana ungkit sini. Mulut puaka. Canang situ sini yang kau dah tolong kawan kau tu. WTF la kan? Dah tolong biar ikhlas. Kalau tak ikhlas awal-awal lagi kau jangan tolong. Camtulah! ;)

6) Jangan Banding.
Kau kawan ramai orang. Ada kawan kau orang kaya. Ada kawan kau orang miskin. So bila apa-apa jadi kau janganlah duk bandingkan. Contohnya kau sibuk duk cakap kat kawan miskin kau, kau keluar makan minum kat tempat itu ini begitu canggil tak terkata. Haish kecik hati kawan miskin kau tu. Kau pergi enjoy sana sini dengan kawan kaya kau. Janganlah kau rendah-rendahkan kawan miskin kau ni. Kalau dia kata tak boleh nak join kau berfoya-foya sana sini, kau pun startlah banding-banding. Oi! Tak payah! Tak payah, Kau pergi je la. Kau tak yah nak bakar-bakar kawan miskin kau.

Tolong paham dan tolong jangan bandingkan. Tak baik. Dosa. Tuhan marah. Aku? Aku tak kesah. Biarlah kau nak bandingkan. Jangan bandingkan aku je boleh tak? :P


---------------------------------------------------------------------------------------

Aku rasa takat ni je kot tips cara merepek dari aku kalau kau nak kawan lama-lama. Tak berguna ke tips ni? Merepek sangat? Alah yang kau baca siapa suruh? Tapi aku rasa macam berguna la pulak. Lepas ni kena praktikkan. Haha. Alang-alang kawan, biar kawan lama-lama.. ;)


Nota kawan lama-lama : Kawan kawan jangan lawan.. ;) 

5 comments:

maya said...

berkawan bia seribu..
berkawen nanti dlu...
*xde kne mgena kan..haha

bedah said...

kawan sampai mati kan.. :)

miss izan said...

ok,nak sentap tang obat buasir tu. but its ok. buasir pon still kene kawan dengan org tu. sebab ape ye kawan2. ha,itu kita tak tahu ye...hahaha...sebab,bila sekali kau tahu nama dia,automatik dia kawan ko ;)

shakinah said...

tips berguna. akan ku praktikkan.


btw,

huyyyyyyyyyyyyyoo layout baruuuu!!

Rara said...

iye..y pnting ikhls! kwn tu lgpun kekal smpe bile2 kn.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...