Sunday, January 17, 2010

Bila susah meluah rasa.


Selamat maghrib semua (ada tak orang ucap selamat maghrib?).

Korang sihat? Sihat bagus. Tak sihat pun bagus.

Korang pernah rasa tak macam apa yang aku rasa ni? Rasa hilang cara kita. Rasa disekat cara kita. Rasa semua perlu diluahkan sebijik-sebijik seperti yang orang inginkan. Dah macam takde kehidupan sendiri.

Itu yang aku rasa sekarang. Rasa tak bebas. Tak bebas di blog sendiri. Segala benda dah tak macam dulu kala. Susah susah.

Bukan nak jadi beruk kera sumbang. Cuma inginkan sedikit ruang bagi diri ni. Biar aku rasa ada benda yang perlu dikongsi. Ada benda yang perlu aku pendam sendiri. Ya. Tulah bendanya. Berikan sedikit ruang. Sedikit pun jadi la sayang.

Oh orang bercinta pun mesti ada ruang kot. Macam dalam lagu Ruffedge. "Inikah ertinya orang bercinta, tiada ruang nafasnya". Ingat part ni je. Tajuk lagu pun dah lupa.

See? Orang bercinta pun perlu ruang bernafas kot. Ni kan pula orang berkawan. Berkeluarga pun termasuk la sekali. Ok tak?

....... Tetiba takde idea nak menambah dah. Cukuplah dulu. Cau!

Nota tak cukup idea : Lepas ni kena wat draft dulu kalau nak buat entri agaknya.


6 comments:

maya said...

jadilah diri sendiri..
tapi hati2..

Frodo Baggins said...

uikkk ~~
kebebasan bersuara ko kene tarik ke?
tidak demokratik namanya!
kekekekkekeke


selamat subuh semua


>>______<<

izandaughtersalleh said...

entry tergantung!

lokman.keme said...

pon ade rase

haleinaitis0311 said...

xkan mati dgn kata2 org...sbb kita x hidup ng kata2 org....
~kesimpulan:buat 1 personal blog yer~

et said...

abaikan je rase tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...