Thursday, January 7, 2010

Kenangan terlampau. Tahi babi dalam longkang.


Mintak maaf. Lalu.. Lalu.. Jangan salah paham takde pramugari pramugara terlampau kat sini ok. Yang ada hanya kenangan terlampau je buat masa ni.


Kenangan waktu sekolah. Ada sorang ustaz. Setiap detik, setiap saat, minit jam, hari, minggu bla bla bla.. Selalu bawak walkman.. Pergi mengajar duk dengar walkman dia tu. Tengah perhimpunan, dengar walkman dia tu. Haish walkman tak habis-habis.

Tak pulak besar gedabak kan walkman ustaz tu? Hehe. Terdetik gak kadang-kadang kenapa ustaz ni tak guna mp3, mp4 player semua tuh je terus? Kan senang? Ntahtak tau. Tapi rasanya dia dengar ayat ayat al-Quran dalam walkman tu.

Ok lupakan pasal walkman Ustaz. Yang penting! Yang penting ustaz ni garang. Serious memang garang. Muka bengissssssssssssss... Maki orang? Oh perkara biasa bagi ustaz ni. Memang laju, memang melekat kalau kena maki dengan dia. Kenapa ustaz pun maki-maki? Haha sebab sekolah aku budak-budak memang jahat. Aku? Aku tak jahat. Baik je.. Kan? Haha. So kalau ustaz main cakap lembut-lembut memang tak kemana la. Agaknya bila dia maki-maki camtu barulah berkesan.. Agaknya la. Aku? Aku tak kena maki. Aku baikk. Lalala~


Ini bukan Ustaz aku!


Tapi tak semua cikgu kat sekolah aku tu maki-maki. Ustaz ni je kot. Nak wat camne memang stylo kot dia rasa bila dia maki camtu. Kami ni pulak bila time dia maki-maki depan kami, memang muka sorang-sorang semua ketat. Memang muka cuak takut nak terberak pun ada. Tapi bila kat belakang dia. Pergh! Semua tiru style maki ustaz ni. Memang lepas tu tak tahan ah gelak macam babi kacang lupakan kulit. (ada kena mengena ke pepatah ni)



Hey babi! Ko jangan gelakkan aku!


Ada sekali tu. Time rehat. Biasa la rehat masa sekolah. 30 minit kan? Ke kurang? Dah lupa. Masa tu lepas habis makan semua. Loceng pun bunyi. Semua masuk kelas la kan? Tapi ada la samdol maliwol yang beberapa ketul tak masuk kelas lagi. Duk lepak ramai-ramai tepi longkang. Apa punya turrrrrrrrr la lepak tepi longkang. Elok pulak lepak dalam kumpulan. Siap buat bulatan. Macam nak makan nasi ambeng plak aku tengok.

Masa tu aku pengawas. Pengawas paling mawas kat sekolah.. So kebetulan time diorang lepak-lepak tu aku baru balik dari bertugas la. (jaga kantin sekolah). Hahah kenangan.. Kenangan.. Lepas jaga kantin tu aku lalu la kat bebudak yang lepak kat longkang tu. Masa yang sama gak, ustaz yang aku citer tadi lalu gak. Budak-budak longkang (ops budak-budak longkang la senang sikit bagi nama) ni pulak tak perasan la ustaz ni lalu.. Jeng3!

Aku kiranya tak sempat la nak jadi hero kat bebudak ni. Konon nak cakap la "wei, ustaz maki datang. (maki bukan nama dia)" tapi sayangnya sebelum aku tegur, ustaz tuh dah tegur dah. Sopan pulak ustaz tu tegur diorang ni. Ustaz tu tegur camni...



" NI BUAT APA KUMPUL KAT LONGKANG RAMAI-RAMAI NI? ADA TAIK BABI KE APE?!!"

Budak budak longkang buat apa?... Lari kelam kabut.

Aku?... Lari gak.. Tapi tak kelam kabut. (poyo lagi)

Ustazah yang ada tak jauh dari situ geleng kepala je. Geleng kepala kat bebudak ke kat ustaz tu aku pun tak tau..

Tak lama lepas peristiwa tu, ustaz tuh keluar. Katanya dia cikgu ganti je masa tu. Nama dia pun aku tak ingat. Tapi bila jumpa kawan-kawan sekolah, bila cakap "Ustaz Tahi Babi" mesti diorang tahu ustaz mana.. ;)



Hi guys! Sorry la sebab berak dalam longkang tuh!



Nota kenangan ustaz : Ustaz, kalau Ustaz baca blog saya, Ustaz jangan maki sorang-sorang depan komputer ye. Saya rindu kat Ustaz je.. Hahah! ;)

6 comments:

amoi said...

pig

Selamburb said...

hahahah...
kenangan dulu2..
biasanya ustz memang camtu..
itu cara dia menunjukkan kasih sayang kepada murid2nya..
ya la masing2 ada cara tersendiri..

Frodo Baggins said...

Ustaz tahi babi??
hahahha ~ kank ader yg x berkat dowh

MuniMuni said...

mcm2 la haish.

shakinah said...

kem salam kat ustat

Nazz said...

walawe.. klau yg mengajarnya ustaz babi.. yg kene ajar nak panggil apa ek..? hi hi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...