Friday, February 26, 2010

Kiasan mata bengkak.


Salam Maulidur Rasul semua hamba Allah. Moga hari-hari mulia dimulakan dengan langkah mulia, tekad dengan niat yang mulia atas agama yang mulia. INSYALLAH.

Saban hari blog yang hodoh lagi bodoh ni semakin dibiarkan kosong. Baguslah kot. Maksudnya aku kini kurang merepek dengan madah madah yang mengarut dan merepek seperti sebelum ini. Satu perubahan baik kot. Kan?

Biar gaya penulisan dalam blog ni macam kanak-kanak sekalipun namun tak tergerak lagilah setakat ni niat nak tinggal kan ia terus. Sekali sekala ada jenguk-jenguk sini apapun. Tapi tak pastilah sampai bila kan. Mungkin akan datang akan delete terus blog ni. Yelah semenjak ada blog ni apa je nak luah kat sini. Sedih, suka, gembira, mengumpat, mengumpit, mengumat ngamit, emosi marah nangis tawa suka duka semua benda nak luah kat sini. Macam dah takde tempat lain. Dah salah cara berblogging kot.

Sejak kebelakangan ni.. Banyak benda yang dah aku buat. Yang mana aku rasa pilihannya dah tepat, cuma caranya yang tak kena tempat.

Orang kata jangan pilih kaca kalau boleh pilih intan permata.

Orang kata jangan pilih yang kotor kalau boleh pilih yang belum lebur.

Orang kata jangan pilih yang citarasa tinggi dengan perlakuan kecil macam semut api. Biar pilih yang citarasa rendah tapi perlakuan besar gedabak macam gajah.

Jangan pilih yang suka tabur kata-kata tapi usaha tak dapat dirasa.Biar pilih yang diam kelu tanpa kata, walau usaha tak nampak di mata tapi kasih masih pada kita.

Walau emosi macam pasrah, padahal dalamnya dah parah macam barah..

Terima kasih kerana membaca.

Nota mata bengkak : Tak pernah nangis teriak-teriak. Terima kasih pada yang buat. Pengalaman.

2 comments:

Frodo Baggins said...

>>___<<


topex ...
tulisan cam kanak2
tapi mesej lu tu yg penting
keh3x ... wa rasa blog lu cool!
salam maulidur rasul

Ah Fatt said...

kau si topex ker?
aiseh lupa ler plak
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...