Thursday, February 11, 2010

Template maki hamun.


Agaknya minggu ni memang minggu maki memaki ke? Masuk blog ni je ada entri maki hamun segala. Lepas ni kena tukar ke nama blog ni dari blog MerepekSemataMata kepada blog MemakiHamunSemataMata ke? Suka tak kau orang kalau aku tukar camtu?

Ramai manusia yang dah maki tegur aku pasal template blog ni yang macam bodoh sebab link untuk comment hilang. Kena klik tajuk dulu baru boleh comment. So macam cerewet dan bangang kan? Ok pasni aku tukar. Sekarang tak berapa nak ada mood untuk tukar template blog. Blog pun merepek je kan? So kenapa serius sangat? Hoho!

So sekarang tengah meng-usya template-template yang hensem sehensem aku. *terlebih hensem sampai kehenseman disamakan dengan template blogspot.

Kau orang ada sumber-sumber  nak dapatkan template yang bagus-bagus tak? Aku nak yang simple je tapi yang penting warna merah. Merah itu kan berahi. Aku kan berahi.. *Mati berbuih mulut baca statement ni!

Lepas ni kalau aku dah tukar template, kau orang yang tegur pasal susah nak comment blog aku tu mesti kena comment! Jangan tak comment pulak. Ok?

Ok settle merepek pasal template blog bangang ni. Ni nak selit sikit pasal anda yang berblog kat luar sana. Kalau boleh, janganlah guna bahasa takretibahasa SMS dalam blog. Susah nak faham. Alah korang bukan berchatting pun nak ringkas-ringkas macam berSMS bagai kan?? Tulis je la penuh. Kan senang. Sedap mata memandang.

Lagi satu ada yang jenis tulis entri guna huruf kecik huruf besar huruf kecik huruf besar. Kreatif kan? "AkU PuN TaK TAhaN nAk BaCa LelEBih KaLaU KAu BuaT mCm Nie" Adoi gigihnya kau tukar-tukar macam tu? Dah banyak masa sangat kot. Huhu.

Ada lagi. Kali ni jenis yang bahasa gedik macam bagus sangat tahap cipan. "Awak Shuker tak Kalau Shaye comment blog awak? Gewdik larh awak nieyh" Oh matilah kau nak berbahasa gedik macam bagus sangat tahap cipan tu! Geli!

Kalau nak teruskan jugak aku tak boleh halang. Buatlah apa kau orang suka. PEACE NO WAR :)

Nota maki hamun : Alah blog ni pun macam la bagus sangat. Gedik nak tegur blog orang lain!

Nota maki hamun balik : Lantaklah. Aku tak cakap blog ni bagus pun?

3 comments:

aidajoe said...

gaya maki ko nampak cam sangat jujur n iklas!!aku suka!!!keep it up,bro!hahaha..(cam haram jek menggalakkan org memaki hamun..ngeee)

Privacy_Resident said...

@ aidajoe

wokeh takdak hal! haha maki memang best! kehkehk~

i'm shin... i'm inesen said...

maki versi inesen

ngee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...