Wednesday, March 24, 2010

Kisah kot/jacket gay dan kisah cinta.


Ada siapa tahu dah berapa lama aku tak update blog? Ok terima kasih sebab tak tahu. Aku sendiri pun tak tahu. Kalau tahu bagitahu aku, nanti aku letak gambar kau besar-besar kat sini. Motif?

Apa khabar semua? Sihat? Bagus. Aku tak sihat. Bagus jugak? Cis kau! Aku sakit kaki. Sakit kaki sebab terseliuh masa lari dari skodeng anak dara orang haritu.

Bukan gambar sebenar! :P

Sekarang kaki dah beransur sembuh. Terima kasih kepada yang tanya-tanya. Terima kasih jugak pada yang jaga-jaga. Sayang lebih.

Meh nak peluk sikit! 
Hmmm ni nak kongsi beberapa cerita kebelakangan ni. Ada beberapa orang (Orang apa tak perlu tahu. Orang Utan barangkali) yang pemikiran bangang tahap setan padang pasir (Kau orang pernah jumpa setan padang pasir tak? Kalau nak jumpa datang sini aku tunjuk muka-muka setan padang pasir). Kenapa aku cakap macam tu? Sebab pemikiran setan padang pasir sekalian ini kuno tahap babi laut. Bayangkan Setan + Babi jadi apa? Ada ke patut setan setan padang pasir ni cakap lelaki yang pakai jacket/kot pergi fakulti atau kafe adalah GAY! Ye! Setan setan ni cakap macam tu! Mana dia dapat fakta setan dia tu ntah. Pergi mampus la setan setan puaka niyang babi sekalian!

Bajet kau orang comel macam ni?


 Padahal comel macam ni!

Ok lupakan setan setan padang pasir tuh! Seterusnya nak cerita kisah cinta seorang kawan yang tak kesampaian. Sekadar pengajaran ni. Jangan kata aku nak aibkan orang. Hmmm kawan ni nama Alam (Siyes bukan nama sebenar!). Alam ni pernah terjatuh cintan kat sorang ni. Nama dia Fiqah (Pun bukan nama sebenar!). So nak dijadikan ceria si Alam ni tak bagitau pun yang dia cintakan di Fiqah ni. Ok Alam ni rapat gila dengan si Fiqah ni. Fiqah ni pulak takde la feeling2 cintan dengan Si Alam ni. Alam je la kiranya yang terlebih perasaan. Sampailah satu ketika Fiqah dilamar orang. Fiqah terima orang tu. Nama orang tu Khai (Hah yang ni nama sebenar. Percaya tak? Haha). Alam pon frust tahap lembu tertonggeng. Lepas dah tahu Fiqah dilamar orang, barulah Si Alam ni luahkan segala benda kat Si Fiqah ni. Tapi dah terlambat.

Adoi panjang lak kisahnya. Ada lagi! Masa luahkan perasaan tu, Fiqah pun cakap kat Alam yang dia sayang kat Alam sebagai kawan je. Tak lebih dari tu. Dia anggap Alam ni macam adik beradik dia je. Hish cerita macam cerita drama. Nyampah aku. Fiqah pun ala-ala nak motivate Si Alam ni. Fiqah cakap kat dia "Mungkin ada yang lebih sesuai untuk kau Alam". Alam cakap "Kau boleh bawak 1001 manusia kat aku, tapi yang aku nak hanya kau Fiqah". Muntah jap jom! Wekkk!

Haiyo! Encik Hanjeng pun muntah ke?

Seminggu dua lepas kejadian tu boleh nampak la Si Alam ni macam menaruh harapan lagi dengan Si Fiqah ni. Si Fiqah ni pulak duk hanyut dengan cintan cintun dia si Khai tu. Tapi Fiqah still layan Si Alam. Cuma tak semesra dulu sebab dia takut Si Alam ni ingat dia bagi harapan pulak. So dia layan lite-lite je. Kehkeh. Masuk sebulan dua, Alam dah mula berubah. Dia pulak yang tak layan Fiqah. Jangankan sebagai kekasih, sebagai kawan pun tidak. Ye! Tidak layan. Macam "Matilah kau!". Haaa camtulah lebih kurang. Tapi Fiqah tak heran pun. Tamat cerita.

Best tak cerita aku? Haha! Macam gampang kan? Terima kasih je la habiskan masa baca. Aku tengah sewel ni. Baru telan obat sepapan. Nak bagi kaki cepat sembuh. Agak-agak sembuh tak lepas ni? Heheh~

Sehat sampai pengsan. Camne tu?

Yang nak aku cakap kat sini. Jangan tabur ayat-ayat puitis segala macam kalau kita ni sendiri tak boleh nak sampai tahap macam tu. Ingat tak ayat Alam? "Kau boleh bawak 1001 manusia kat aku, tapi yang aku nak hanya ka Fiqah". Cis! Jangan paksa aku muntah lagi! Ok tengoklah ayat tu. Bukan main kan? Sekarang Alam tunggu lagi ke si Fiqah? No no no. Tak tunggu ok. Tapi tak boleh nak salahkan Alam jugak. Sebab dia kata 1001 manusia. Maybe dah datang manusia ke 1002 kepada Alam. Siapa tahu? Kan?

Oklah. Dah taknak lelebih kat sini. Simpan pulak untuk masa akan datang. Tata titi tutu. Assalamualaikum :)

Nota Sakit Kaki : Rasa nak cabut jap kaki. Biar dia sembuh nanti pasang balik. Boleh?

Nota Sakit Hati : Pintu hati Alam dah terkunci buat Fiqah sebab terbuka untuk orang lain. Fiqah! Kau doakan yang elok-elok ok kat Si Alam ni! ;)

Nota Sakit Otak : Kalaulah setan setan padang pasir tu baca blog aku ni. Aku nak diorang sedar yang pemikiran diorang tu sangat kolot dan gampang.

8 comments:

Munirah Zainuddin said...

kau try bagi lisa surihani sah2 alam tu suka bagai nak gila.

i'm shin... i'm inesen said...

hidup.. penuh drama~

izan salleh said...

alan,aku ada untuk kau!

nickzdagreat said...

mcm nak ganti arwah yanie mentor nyanyi lagu DRAMA wit ning n nikki... adoi... gelak aku baca crita ko nie.. hahah

Privacy_Resident said...

Muni, hahah! dia taknak kot. nanti aku try k.

Shin, a'ah drama dan plastik namanya.

izan, alan mane lak ko ni? tetiba je nama alan. alam la. kang alan baca mau dia perasan lak kang.

nickzdagreat, haha jangan ko arwah lak nanti :P

Munirah Zainuddin said...

eleh.Alam tu lelaki.semua lelaki suka perempuan cantik.haha
gila sarcastic kan?

Topek, aku suka gila post ni. (sila baca penuh mendalam.)

~sYaFiqAhbAhRin~ said...

haha..memang best r!!TERBAEK GO ALAM GO!!
larriiiiiiiiiiiiiiii sblom alam kejar dkt fakulti

Privacy_Resident said...

Muni, tak semua la. aku suke pompuan hodoh. wahahaha!

syafiqahibrahim ni norie ke? Alam satu fak dengan kau ke? apsal semua org kecoh pasal aku guna nama alam? Korang ingat ni alan eh? adoiiiiiiii marah la alan kat aku nanti. bukan alan la. ALAM. aku bantai je nama apa2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...