Thursday, March 25, 2010

Pil 'Chi-Kit' Teck Aun, Superb Gimnas, Menjengkelkan.


Ohoi. Kurang ajar tak masuk-masuk je terus ohoi ohoi? Oklah oklah. Assalamualaikum. Hah jawab la salam aku. Haish.

Siapa kat sini tak tau Pil 'Chi-Kit' Teck Aun? (sejibik Sebijik aku tiru ejaan pada kotak dia). Barang siapa tak tahu, mari sini aku nak bagitahu. Pil ni setahu aku untuk orang-orang (Untuk haiwan aku kurang pasti ada kesan sampingan ke tak..) yang sakit perut sebab tersalah makan. Yang cirit birit tulah! Yang duk berak sana sini tu. Erk! Murah dan berkesan. Setakat ni kalau aku kena CBT
(Cirit Birit Terlampau) mesti aku telak pil ni sekotak. Tak sampai sejam, berak jadi keras-keras semula. Takde dah yang jenis meletup-letup terpercik sana sini. Yeng meleleh pun.. Erkk! (Harap-harap entri ni tak kena banned sebab jijik sanga. Haha.) So siapa-siapa lepas ni kena CBT sila dapatkan pil ni di kedai yang berhampiran.

Tet tenet! 'Chi-Kit' Teck Aun! Makan sekali, Cirit tiada lagi!

Superb Gimnas. Ok aku bukan nak cerita pasal gimnas macam Durratun Nasihin dan Foong Siow Ting atau yang lain-lain. Gimnas yang aku nak cerita ni seorang yang aku kenal. Beliau kelihatan lebih handal dari Siow Ting sehingga boleh diberi gelaran Superb Gimnas. Apa kaitan beliau dengan Pil 'Chi-Kit' Teck Aun? Hah yang ni aku nak cerita. Tadi Superb Gimnas ni pergi beli Pil 'Chi-Kit' Teck Aun kat H-Mart (Koperasi Kolej Keris Mas. Promote jap. Nanti bagi aku harga murah-murah boleh?). Lepas beli pil tu, Superb Gimnas ni pergi beli Air Teh 'O' Suam pekat-pekat kelat-kelat. Erk! Sah sah la Superb Gimnas ni kena CBT! Nak dijadikan cerita, lepas beli air, Superb Gimnas ni Babiwalk Catwalk ke Tenggiling Moto beliau. Dah jalan penuh bergaya, tetiba nak sampai je kat moto, "sretttttt!!" Beliau terpijak air. Licin dan Jatuh. Padan muka Kesian... Tapi sebab beliau ni Superb Gimnas. Beliau ni sempat la jatuh dengan bergaya. Ada style lah!

Foong Siow Ting!
Alamak tak nampak pulak muka beliau. Kau orang pergi Google lah!

Durratun Nasihin!
Haiyo stokin hitam. Mesti busuk!

Superb Gimnas!
Mama! Tolonggggggggg~

Ok habis cerita berkaitan Pil "Chi-Kit' Teck Aun dengan Superb Gimnas. Mari masuk muka surat 44. Cerita bertajuk 'Jengkel'. Semenjak dua menjak ni selalu terdengar-dengar orang cakap pasal perangai yang menjengkelkan. Macam mana sebenarnya perangai menjengkelkan ini? Mari kita siasat...

Kes 1: Aminah seorang tukang cuci. Pergi kerja pakai baju kerja warna hijau bersenjatakan Penyapu dan Penyodok. Kadang-kadang tak ada Penyapu, Aminah tetap siap sedia dengan senjata lain seperti Mop Lantai, Pencakar Sampah, serta Pelocok Jamban. Walaupun begitu, Aminah masih sempat bergaya dengan memakai High Heels serta barang kemas berkilo-kilo. Persoalannya. Adakah ini menjengkelkan?

Gaya Kak Minah nak pergi kerja. Amacam?

Kes 2: Aminah (Hei ape da asyik Aminah..) Ok tukar nama lain. Madonna. Madonna seorang pelayan di sebuah kedai makan. Beliau baru masuk kerja kelmarin. Hari ni hari Khamis. So kiranya dia masuk kerja hari Selasa la kan? Sila betulkan kalau salah. Sebagai pelayan di kedai makan, beliau bukanlah perlu 'melayan' karenah pakcik-pakcik misai lebat yang datang. Cukup sekadar ambil order dan hantar makanan. Basuh pinggan kadang-kadang je. Namun Madonna ni jenis pilih bulu. Ahhaaa bulu siapa yang beliau pilih? Ops. Bila pelanggan yang datang berpakaian kemas, berkemeja, berkot, bertali leher, berkasut kulit, dan ber ber lain yang hebat hebat, Aminah akan datang mengambil order dengan muka semanis Siti Nurhaliza dan semesra Bos Mesra. Tetapi, bila pelanggan yang datang berpakaian selekeh, bermuka pecah rumah, berseluar pendek namun masih berseluar dalam, berselipar jepun, dan ber ber lain yang selekeh selekeh, Madonna akan layan sebengis Ning Baizura (Ning bengis tak? Aku tak tahu nak bagi contoh siapa..) Dan kalau boleh nak tulis order pun guna kaki je.. Ok persoalannya lagi, Adakah ini menjengkelkan?

Mana ada tipu! Ni Ning Baizura lah! Dia baru lepas berjemur!!
Kes 3: Dolah. Dolah anak orang kaya. Segala pakaian luar dan dalam beliau datang dari butik-butik pakaian berjenama. Sekarang Dolah masuk UKM. Mak Dolah yang suruh masuk UKM. Dolah nak pergi IPTS mewah mewah. Sian Dolah. Sampai di UKM, Dolah geli nak tidur atas tilam yang sedia ada. Bahkan Dolah geli nak duduk bilik yang dia dapat sebab tak ada aircond. Dolah buat aduan sana sini nak dapat tilam baru. Dolah bising kat facebook. Dolah teriak sana sini macam orang gila. Dolah dah gila kot? Dengan kawan-kawan, Dolah perli "Baju kau ni macam mahal tapi mesti beli kat downtown je kan?". Tak cukup dengan itu, Dolah tambah lagi "Kalau bukan dekat downtown pun mesti dekat Sogo je kan? Masa SALE je kan kau beli ni?". Rasa tak puas hati lagi Dolah cakap "Ke ada orang sedekah kat kau baju ni?..." Tettt! Hmmm adakah ini menjengkelkan?

Bilik dambaan Dolah.

 Bilik Dolah sekarang. SELEPAS PEMBAHARUAN!
 
Kes 4: Ramly. Adoi lapar pulak teringat Ramly Burger.. Ramly selalu dengki dengan kawan beliau. Ramly selalu nak menang. Bila nak menang, Ramly taknak kalah.  Haha! Semua benda, semua perkara beliau nak menang. Contohnya bila masuk bab bab speaking meaking ni. Tak dinafikan English Ramly memang fluent gila setan. Setan pun segan dengan Ramly sebab speaking mengalahkan Negro. Bila kawan-kawan yang tak berapa pandai speaking ni silap sikit, terus kena fire kuat-kuat depan orang ramai. Kalau ye pun nak tegur. Suara taknak loud speaker pulak. Nak bagi orang lain tahu English dia super duper power. Ramly juga suka berlagak pandai walaupun haram satu apa pun tak tahu. Keyakinan beliau terlalu tinggi hinggakan apa sahaja pandangan yang diberi, kita tak boleh nak bantah. Bila orang lain ada barang yang lebih hebat dari beliau, beliau tetap taknak kalah. Kalau boleh usaha untuk dapatkan benda tu, beliau akan usaha. Bila benda tu memang tak boleh beliau dapat, beliau akan cerita sana sini untuk kondem yang benda tu tak bagus, beliau akan cakap yang beliau dah pernah guna benda tu, dan sebagainya. Hmmm menjengkelkan ke tidak?

Kau salahlah! Aku je betollllll!!~

Cukuplah 4 kes untuk menjengkelkan. Bagi aku jengkel ni susah nak terjemah dalam penceritaan. Bila kita tengok. Bila kita rasa. Bila kita lalui sendiri baru kita tahu apa itu menjengkelkan. Ada perangai macam kucing. Macam itik. Macam arnab. Macam vavi.  Yelah. 1 Malaysia. Sampai ada tahap kita rasa nak muntah bila tengok perangai yang menjengkelkan sangat-sangat ni. Hish. Mungkin aku sendiri pun menjengkelkan? Uhhuuu~

Haa!! Kan dah kata. Ada Kucing. Itik. Vavi. Arnab. Hoho!
Nota CBT : Kepada yang terkena CBT, sila jangan cirit merata-rata.

Nota Gimnas : Jangan kangkang lebih. Koyak nanti siapa susah? Aku jugak susah hati fikir nak gelak ke nak nangis..

Nota Jengkel : Jengkel tak kalau orang asyik nak terasa dengan entri kita? Padahal tak ada kaitan pun dengan beliau. *SIGH*

2 comments:

Mohd K. Anuar said...

macam setan! gambar last tak leh blah.. huhuhu

Unknown said...

kite suke bce blog awak :)
visit
http://redgirlmima.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...