Tuesday, April 20, 2010

Naik teksi kot?


Sesat semalam cari Sunway Pyramid. Apa boleh buat tak tahu jalan sangat-sangat. Thanks Tenggiling sudi layan karenah aku bawak kau jalan macam-macam tempat. Sesat masuk ceruk bandar mana entah. Thanks jugak kat kawan aku. ;)

Macam-macam manusia aku sempat tanya jalan nak pergi Sunway Pyramid tu. Ada pakcik muka macam Sheikh Muszaphar. Aku agak pakcik tu abang tiri belah mak tiri Sheikh Muszaphar barangkali. Nak kata jiran, tak kan jiran boleh ada iras-iras pulak.

Ada aku tanya brother jual sup gear box tepi jalan. Memang peramah sesangat sampai berebut-rebut dengan mak dia (Tak pun kakak dia or isteri dia camtulah) nak bagi direction. Malaysian memang peramah.

Tanya encik polis pun ada. Tapi yang paling aku suka part tanya brother jual burger tepi jalan. Aku tanya "Bang, macam mana nak pergi Sunway?"

Dia pandang aku. Muka confident je dia jawab "Naik teksi kot?"

"Ok, terima kasih ye bang"

Itulah direction paling gempak. Lepas ni kalau orang tanya korang direction nak pergi mana-mana tapi korang tak tahu jalan, korang jawab je "Naik teksi kot?"

Terima kasih.

Nota naik teksi : Semalam kat Sunway Pyramid, tengok-tengok Guinea Pig. Ok aku jatuh berkenan kat beliau-beliau yang seksi meksi itu.. Kumpul duit cepat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...