Tuesday, April 20, 2010

Sebelum dapat. Semasa dapat. Selepas dapat.


Sebelum dapat mengorat kaw-kaw! Ayat kalah A Samad Said. A Samad Said baca pun boleh menangis dengan segala macam ayat jiwang karat keluar dari mulut. Sanggup berkorban itu ini begitu begini. Habis nak bagi semua. Mintak je nak apa semua dapat. Konon kasih dan sayanglah ni eh? Hari-hari telefon. Topup tiap-tiap 5 jam. Haha. Mesej setiap setengah minit masuk tup tap tup tap. Semangat berkobar-kobar. Yelah. Masa ni belum dapat.

Semasa dapat. Wah-wah! Bahagia sangat-sangat. Terasa dunia ini kepunyaan kau dan aku. Masa bila diorang bikin dunia ini entahlah pulak. Masa ni boleh tengoklah nak berkepit je kalau boleh. Nak jumpa hari-hari. Nak tidur bawah ketiak. Nak melaram itu ini. Stylo sangat. Yang lelaki hensem bukan main. Yang perempuan cun tip top! Masa ni kan semasa dapat. Nak tunjuk kita ni sayang sangat-sangat. Belanja makan. Minum. "Takpe bab-bab duit ni saya tak berkira". Wops wops.

Selepas dapat. Mula dah muak. Tak payah lama sebulan dah boleh nampak. Mulalah meluat. Kalau dulu nak keluar je mesti makeup. Tebal-tebal bagi comel macam Siti Nurhaliza. Yang lelaki kemas segak bergaya kalah aku yang hensem ni. Masa ni mulalah perhatian dah mula kurang. Kalau dulu cakap "Saya rasa, hari-hari saya nak mengorat awak" tapi sekarang cakap "Kan saya dah mengorat awak dulu? Kira ok lah tu".

Biasalah tu. Jangan cakap sangat kalau tak boleh buat. Jangan janji sangat kalau tak boleh tepat. Hahahaharamjadah. Tapi oklah tu. Inikan lumrah hidup manusia. Manusia itu kan kita. Apepun, hidup kena teruskan. Biar sampai garisan penamat. Usaha je. Asal sampai walau merangkak.. ;)

Nota kesimpulan : Manusia berubah. Kekasih awak kan manusia. So dia akan berubah. Mesti!

2 comments:

Anonymous said...

lepas kawen lg lah!

Anonymous said...

p kn org kate kena betulkn y biasa, biasakan y betul

ilm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...