Saturday, June 26, 2010

Saiz Masa Depan.


Pergh! Hari ni hari penat sebab tak buat apa-apa. Jangan fikir kalau duduk saja tu tak penat ok. Duduk saja dengan tak buat apa-apalah benda paling penat plus loser kalau korang nak tahu. Hahah!

Semalam jalan-jalan Downtown Cheras. Dulu bukan main susah aku nak pergi sini. Siap kena merayu-rayu dengan kawan & merajuk sakan baru dapat pergi. Sekarang bosan lah pulak dah macam tak ada tempat lain nak pergi. Asyik-asyik Downtown Cheras. Heh.

Ada sorang brother cakap kat aku semalam. Masa aku tengah tengok-tengok baju kat kedai dia. Dia cakap, "Hah pilih dik, yang atas tu semua saiz M. Yang bawah pulak saiz masa depan"..

Aku terpinga-pinga jap pasal 'saiz masa depan' tu.

Bila nampak aku macam pending je, dia tambah lagi.. "Saiz masa depan tu saiz abang dik.." Sambil tepuk-tepuk perut dia. Oh ok.. Aku tak tahan, aku gelak depan dia kaw-kaw & blah camtu je. 

Saiz M

Saiz Masa Depan..

Apalah brother ni. Cakapnya berkias.

Nota Saiz : Seriously gua takut pulak masa depan ni :P

4 comments:

nn said...

saiz masa depan memang menakutkan. haha. tapi don't worry, tak semua orang masa depan macam dalam gambar second tu. huhu

Linglung said...

kesian brader tu lu belah mcm tu je..beli le baju masa depan tu sehelai, amik ati die...huhu

Farid MOFASAD said...

brader 2 pikir masa depan.. sebab dia sedang mengalami frasa itu

izansalleh® said...

itu bergantung juga pada kepandaian bini ko memasak topex, sedap masak nye, boroi le perut ko. kalau tak boroi tu mane nye bini ko tak pandai masak. KAH KAH KAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...