Friday, June 25, 2010

Kampung aku | Cita-cita nak jadi Lekar & Water.


Assalamualaikum semua. Aku rasa aku terpaksa batalkan niat aku nak pergi 8 tempat menarik ni lah. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Hish. Takpelah lain kali ada masa aku pergi. 

Abaikanlah. Jom baca kisah lain.

Dulu masa kecik-kecik aku tinggal kat Kampung Beruas, Pekan Pahang. Pernah dulu aku tanya mak aku "Mak mak, kenapa nama Kampung ni nama dia Beruas?" Mak aku jawab "Sebab nama dia bukan Beruang". Mak aku jawab macam tu sebab malas nak layan perangai aku yang jenis banyak tanya ni kot.

"Mak, mak, kenapa nama dia itik?"

 "Sebab nama dia bukan Anjing!"

Aku tak puas hati dengan jawapan Mak, aku gi tanya kakak aku pulak. Kakak aku cakap nama kampung tu Beruas sebab dulu kat sana ada Beruang yang Buas. So orang ramai cakap Beruang Buas Beruang Buas sampai jadi Beruas. Masa tu aku terpegun dengan jawapan kakak aku. Dia macam bangga sekejap. Sekejap je, lepas tu dia jadi serabut balik sebab aku tanya soalan melalut "Beruang tu hidup lagi tak?" , "Beruang tu jantan ke betina?" , "Beruang tu suka makan apa?" Dan lain-lain. Sorry, kecik-kecik dulu aku memang kuat cakap tanya.


"Haa! Akak tau!"

Kat kampung masa kecik-kecik dulu aku nak jadi doktor. Macam biasalah cita-cita masa budak-budak. Taknak jadi doktor, jadi askar. Tak pun polis. Semua kerja nak selamatkan orang. Nak tolong orang.

Bila dah naik besar sikit nak jadi cikgu. Sebab aku nampak jadi cikgu macam best je sebab boleh rotan budak-budak. Stylo tak aku nak jadi cikgu sebab nak rotan budak-budak je?

"Siapa kerek dengan aku, aku rotan!"

Aku rotan!

 Rotan!

 Rotan lagi!

Koleksi Rotan! Takot tak?!

Tup tup tak lama lepas tu keluar pulak kes tak boleh nak rotan budak-budak. Ibu-bapa bising nanti. Rotan sikit nanti bising. Datang serang cikgu kat sekolah. Tak jumpa kat sekolah, serang kat rumah cikgu tu. Haish taknak aku kena serang. So batal lah niat aku nak jadi cikgu. Haish. Apa boleh buat, pepatah "Sayang Isteri Tinggal-Tinggalkan, Sayang Anak Tangan-Tangankan" dah ditelan zaman barangkali.

Tak boleh rotan. Sebat boleh?

So sekarang aku kat UKM ambik Jurusan Ekonomi, Pengkhususan Ekonomi Pembangunan Sumber Manusia. Aku belajar bab-bab menguruskan manusia. So nanti aku kerja apa?

Tapi yang best cerita pasal cita-cita ni. Aku teringat pasal cita-cita kawan aku. Masa kecik. Dia nak jadi Lekar. Kalau tak dapat jadi Lekar dia nak jadi Water. Hmmm apa benda Lekar dengan Water tu?

Haa! Inilah Lekar.

Ini pulak Water!


Kawan aku pelat lah! Hish korang ni! ;)

Nota kampung : Waaaaaaa.. Lamanya tak balik kampung!

6 comments:

@yuE said...

haha...ingat kan apa la lekar tu tadi...adoiyaaiii

Nieyzar said...

Haha.. ;-0
lawak kat dia tanya soalan melalut..

Aku jd Prince of Persia

Hunny Maldini said...

wahahahahaa.
gile pelat.
hahaha

Rara Nasiha said...

ingatkan apa la tadi.hehe

Linglung said...

ni kow-kow punya pelat ni..hahaha

nurul ain said...

mcm knl je kwn ko tuh...hahahahha...aku pun ingt..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...