Saturday, July 24, 2010

Update Laju-laju!


Assalamualaikum. Kau orang apa khabar? Sihat-sihat saja sudahlah ye. Jangan sakit-sakit.

Lama aku tak update blog kan? Thanks la kalau ada yang masih jenguk-jenguk sini. Nah seposen!

Ok ni aku datang nak updatelah ni. Update laju-laju. Banyak benda aku nak cerita sebenarnya. Tapi macam biasalah, ada yang aku dah taip-taip tapi tak jadi nak publish. Bedebooshh! Aku campak kat draft je. Ada berlambak-lambak kau tahu? Hoho. Takpelh yang kat draft tu nanti aku godek-godek balik, aku kongsi kat sini. Bila? Hah yang tu kita tak pasti ya! ;)

Update 1:
Helmet aku hilang. Masuk kali ni kiranya dah 2 kali helmet aku hilang. Dua-dua pun mahal bagi aku yang masih belajar ni. Bodoh punya pencuri. Helmet yang dah bau tahi tu pun kau nak curi lagi ya? Tahi punya pencuri. Tahi siput babi betul! Aku sumpah rambut kau bau tahi 10 tahun. Fuh! Fuh!

Update 2:

Aku beli Guinea Pig. 2 ekor. Wei, Guinea Pig bukan babi lah! Mereka tikus. Korang tahu tak cerita G-force? Hah itulah menatang nya. Guinea Pig. Comel. Sekor betina sekor jantan. Sekor namanya Sinjuk. Sekor lagi namanya Moise. Ada rahsia disebalik nama. Kononnyalah. ;)

Update 3:
Handphone aku hilang. Suka tak? Sony Erricsson C510 warna putih merah. Walaupun banyak kali aku campak kau. Lambung kau sana sini. Aku tetap sayang kau sebab gambar-gambar yang aku publish kat blog ni kebanyakan atas jasa kau. Wuwwuuu. Kau pergi mana eh? Kau tercicir masa aku bawak moto ke? Hish kau ni tak pandai duduk dalam poket diam-diam lah!

Kau dah lepas ke tangan orang lain ke sekarang? Suka tak? Apa?! Suka?! Bodoh punya handphone. Derhaka! Jangan dedah rahsia aku guna kau untuk rakam & ambil gambar tak elok ya! Pfftt!

Update 4:
Aku kerja sekarang. Sempena Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 ni, aku kerja sebagai Pembanci. Pembanci Sambilan. Seronok beronok ronok ronok. Macam-macam pengalaman dapat. Layan orang gila tak nak keluar rumah sebab ingat aku ni nak tipu dia. Yang marah-marah tak tentu pasal. Hey come on la! Iklan dah banyak kot kat TV.

Nasib baik takde kes kena kejar anjing. Ingat ya semua, sila ikat anjing kau orang kuat-kuat. Kalau anjing kau orang gigit aku, aku gigit kau orang! Ini serius. Perlu bantu aku. (Sila baca dengan nada lagu wonderpet)

Update 5:
Sedih. Guinea Pig yang aku bela tu dah mati pun. Sedih tak? Sedih tak? Mereka mati sebab termakan sabun kot? Blurghh! Sinjuk & Moist dalam kenangan.. *Nangis*

Jangan kata aku tak pandai bela binatang eh! Aku pernah bela kambing sampai beranak pinak bercucu biak semua tau! Beranak kembar banyak banyak sihat sejahtera je tau! Apa? Salah ke aku samakan Guinea Pig dengan kambing?

AKU BUKAN PEMBUNUH~!

Update 6:
Semester ni aku kena siapkan Thesis. Berkenaan Usahawan kat Langkawi. Seumur hidup aku, tak pernah sampai pun ke Langkawi. Kesian kan? Tapi kerana Thesis ini, akhirnya aku boleh sampai ke sana! Hoyeah! Tapi belum pun. Cuti pertengahan semesti ni aku gerak sana. Ada sesiapa nak coklat? Cakap je. Aku tak berkira sangat nak belanja kau orang guna duit kau orang sendiri! Heh.. ;)

Update 7:
Template blog pun sudah ditukar. Dah takde masalah nak komen dah. So, korang kena komen. Komen ye. Dalam omputehnye, comment! Bukan BEROMEN! *Wops!*

Nota laju-laju: Sedang mencari sesiapa yang ingin menjual Guinea Pig, jangan risau kali ni aku akan pastikan mereka hidup lebih lama dari Sinjuk & Moist.. -_-"

3 comments:

Privacy_Resident said...
This comment has been removed by the author.
maya said...

cian sinjuk n moist.. eh.. dua2 ekor ke mati?

atEe said...

kah3 kesian giler kau baru beli tikus babi tu pastu dah mati..

takziah2..(sambil menutup mulut menahan gelak)

;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...