Friday, August 13, 2010

Pusing! Pusing! Berhentilah!


Dari tadi berpusing-pusing. Geram. Puas aku jerit suruh berhenti. Berpusing jugak.. Sejam? Dua jam? Sehari? Dua hari? Sebulan. Berpusing je kerjanya. Tak pening ke?

Itu hah. Kipas tu kat siling asyik berpusing dari tadi. Bila berhentinya? Bila aku off kan suis dia. Hish betul-betul kipaslah kipas ni!

Itulah dia...

Kipas. Terus berpusing. Berhenti bila kita off suis dia.

Alahhh, macam kitalah!...

Manusia. Terus bernafas. Berhenti bila Tuhan off kan suis kita.

Nota pusing : Keliru jap. Kipas berpusing ke berputar? Ah apa-apa ajalah. Sendiri faham boleh?

1 comment:

Cik Shazie said...

putar ngn pusing x sama ka weh?? haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...