Saturday, August 14, 2010

Onitsuka Tiger. Saya sudah. Anda bila lagi?


Yeah! Kasut Onitsuka Tiger. Salah satu dalam aku punya LIST MESTI BELI. Akhirnya, dapat jugak beli. Walaupun orang lain dah lama dapat beli & dah naik muak pakai kasut ni. Aku tetap excited sebab aku beli kasut ni pakai duit sendiri. Berkat kerja banci oh! Hoyeah hoyeah! Oh ya, gaji banci dah masuk. Tak sia-sia merungut dalam entri lepas. Hehe.

Masa nak beli tu ada dua tiga warna yang duk menarik perhatian aku. First, warna putih belang biru & merah. Second, warna kuning belang hitam. Third, warna coklat belang putih & kuning.

Puas belek ketiga-tiga pilihan tu. Kejap cuba pakai yang itu. Kejap cuba pakai yang ini. Mintak saiz itu. Mintak saiz ini. Nasib baik brother yang jual kasut tu cool. Takdak hal punya. Last-last, selepas buat perhitungan itu ini begitu begini aku pilih yang warna coklat tu. Senang nak padan dengan mana-mana baju. Tambah pulak baju aku takde banyak pilihan warna sangat. Hampir semua pun warna hitam, warna gelap..;)

Ini gambar kasut tu. Heh. Layan lah. Nama dia Bro Onitsuka. Semua benda pun nak bagi nama. Hish.


Tada! Eh nampak macam warna hitam pulak. Heh~

Tapak macam ni maksudnya dari Japan..;)
Kalau tapak macam ni makna nya kasut dari Vietnam. Biasanya lebih murah berbanding Japan.

Lupa cakap. Ada percuma tali dengan spring. Spring tu benda yang letak dalam kasut tu nak bagi bentuk dia kekal. Lebih kurang macam tu lah kot function spring tu. Tengok dalam gambar atas ada spring aku letak dalam kasut...;)

Pastikan ori baru beli..Heh. Segala gambar boleh di-klik untuk lebih besar. Besarrrr punya! ;)

Nota kasut: Onitsuka Tiger! Saya sudah. Anda bila lagi? Next target is Macbeth. Pergh! 

3 comments:

amoi said...

macam kasut secondhand je

beli kat petaling street ke syg?

hehe!

Privacy_Resident said...

@amoi
aku tak pakai barang 2nd hand. Dan tak jual barang 2nd hand.

Hehe!

haleinaitis0311 said...

nak satu tok adiah besday ak leh..?
y ori eh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...