Saturday, August 14, 2010

Diari? Teruskan menulis.


Dulu masa kecik-kecik. Selalu tengok kakak aku tulis-tulis dalam buku. Lawa buku dia. Tiap-tiap malam pun nak tulis dalam buku tu. Masa tu aku kecik lagi tak tahu pulak buku tu diari.

So, nak dijadikan cerita aku pun nak jugak ada diari masa tu. Tak silap dalam darjah 5 ke darjah 6 entah tak pasti. Yang pasti tetap nak ada diari masa tu. Nak cari buku macam kakak aku punya tak dapat. Aku guna buku latihan sekolah yang ada lencana sekolah, NAMA, PERKARA, TAHUN, NAMA GURU, ada sifir kat belakang, ada RUKUNEGARA. Yang harga enam puluh sen satu tu buat jadi diari. Pfftttt! Bahaha!


Lepas tu aku pulak jadi macam kakak aku. Tiap-tiap hari pun nak tulis dalam buku tu. Yelah. Diari lah katakan. Haha. Bengong.

Satu hari cikgu rampas buku aku tu. Maksud aku, diari aku tu. Hampeh punya cikgu. Habis dia baca isi hati kandungan dalam diari aku. Pasal aku suka kat budak pompuan ni. Pompuan tu. Aku buat apa. Kenapa aku suka. Argh! Malu weh. Dahlah buku latihan sekolah jadi diari! Lagi double malu!

Dia baca, belek-belek. Pastu dia pulangkan. Dia cakap "Teruskan menulis". Sengal punya cikgu. Ish!

Nota diari: Ermm, cikgu.. Saya dah tak main dah diari-diari ni. Geli!

5 comments:

Syn Wesley said...

hoho.. suka aku baca post ni topik.. gahhahahaa

miSs tEry said...

hahaha....ish3x...

Cik Shazie said...

hahaha..cekgu ko bg sapot,ok la tuh.dari dia suh ko lari 3 round pusing kelas,tak pon beridir atas kerusi ke beridir luar kelas ke, lg la kesian...hehehhehee

ddYanie said...

wlwpon pendek ja citer nih tp siyes mau gelak guling2..hahahaha

bidadarihijau said...

hahahahaa...klakor...mmg malu gile klo org bace diari kite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...