Wednesday, October 27, 2010

Cuba lagi kucing!


Lepas baca entri pasal kucing kat blog akuserabut, terus teringat pengalaman aku bersama kucing. Heh bodoh je bunyi. Pengalaman aku menyelamatkan kucing. Ok baru cerdik sikit bunyi dia tak?

Ceritanya aku dalam perjalanan balik bilik. Baru lepas melantak kenyang kebabum. Ya memang kenyang kebabum zaman sekarang ni. Gila.

Nak dijadikan cerita. Nak dijadikan apa memang dah jadi kot? Ternampaklah aku seekor kucing tengah-tengah jalan raya. Serius tengah-tengah. Tak lebih tak kurang. Memang dia duduk tengah-tengah. Tak tipu.

Mulanya aku ingat tu sekadar jenazah mayat bangkai kucing, sekali bila lalu tepi dia, aku tengok kepala kucing tu duk dalam plastik. Muat-muat kepala dia je.

Aku berhenti tepi, parking moto cantik-cantik. Pastu baru pergi selamatkan kucing tu. Serius bahaya. Dah lah dia duduk tengah-tengah jalan. Statik je macam dah mati. Nasib baik masa tu dah pukul 3 pagi, so kebetulan tak ada lori lenyek dia la.

Aku pun tarik menatang plastik tu dari kepala dia. Sikit punya payah. Dahlah masa aku nak tarik tu dia main lari-lari dengan aku. Haish. Sengal punya kucing aku nak selamatkan kot bukan nak pijakkan. Kan?

Last sekali memang berjaya lah aku selamatkan kucing tu, dah tercabut menatang plastik tu, dia cabut lari weh. Terima kasih? Harammmmmm tak ada nak bagi.

Dari gaya plastik yang aku nak cabut tu, memang aku musykil la macam mana dia boleh masuk dalam plastik kecil macam tu. Agaknya ada orang khianat tak binatang tu?

Moral of the story, nak bagitahu kat sini. Jangan jadi macam kucing tu, dia dah menyerah kalah tu. Dah putus asa sangat-sangat sampai duduk diam tengah jalan tunggu lemas or tunggu orang langgar je sebab dia usaha nak cabut plastik tu tak boleh. Jangan jadi macam dia ok? Jangan menyerah gila macam tu. Usaha lagi. Cuba lagi. Macam lagu kat bawah ni. Cuba lagi. Layan~
Cuba lagi - Malique ft Lah Ahmad

Nota kucing : Motivasi diri sendiri. Maklumlah minggu-minggu exam ni. Tata! ;)

3 comments:

y@n@ M!B said...

ada sekali kucing kt rmh aku patah kaki..smpi satu thp dia dah give up kut..bg mkn dia xmo mkn..dh la time tu musim ujan..sejuk, lenjun je bdn dia..smpi la dia mati je kt porch rmh..hehh satu hal la plakk nk tanam beliau..huhuhu~

♥CIK SHA♥ said...

selamat mencuba!!

eh?salah pulak..selamat berusaha dan terus mencuba sehingga berjaya..^_^

HaMiZah said...

kesiannye kucing tuuu. mesti sedih je dye duk sorang2 tgh jalan tu. T_T

biar aku terima kasih kt ko bg pihak kucing yg ketakutan tu. terima kasih topex :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...