Monday, October 4, 2010

Guinea Pig @ Sungai Buaya, Banting | Pergi beli sana!


Ok fine. Pasal Guinea Pig lagi. Lepas ni bolehlah tukar nama blog ni kepada GuineaPigSematamata. Haish!

Ada yang tanya mana nak beli Guinea Pig eh? Senang je kalau yang duduk area UKM ni pergi beli dekat Kedai Mamak Seksyen 15. Ameer Ali ada. Fariz Maju ada. Kalau tak ada lempang je mamak tu. HAHAH!


Nanti mamak tu bagi Guinea Pig Tandoori pakej sekali ngan limau tu! Boleh lah perah secukup rasa.

Nak beli Guinea Pig pergilah beli kat kedai pet. Kalau yang duk area UKM ni paling dekat Seksyen 7 ada kedai pet. Kat situ sekor Guinea Pig harga RM40. Dah ok dah tu harga dia. Kat situ ada American & Aby. Pergi cepat sebab Guinea Pig kat situ cepat habis! Mungkin sebab tak banyak kedai pet yang jual Guinea Pig ni.

Tapi yang ada kenderaan & nak gi jalan jalan aku cadangkan pergi Sungai Buaya, Banting. Yelah, jauh perjalanan luas pemandangan orang lama kata. Pergi sana nanti korang menangis tengok Guinea Pig banyak sangat. Pastu rambang mata nak pilih yang mana satu. Pastu habis masa 3 4 jam pegang yang tu belek yang ini. Tu tak campur belek belek kawasan tutttttttt lagi. Nak tau jantan ke betina lagi. Jomlah pergi Sungai Buaya!  
 Assalamualaikum. Ada orang tak? Saya datang nak beraya ni.

Entri sebelum ni ada aku cakap nak pergi teman Saidah Sumaiyah beli Guinea Pig kan? Dah pergi dah semalam. Mendukacitakan sebab Guinea Pig tinggal sikit je. Ni semua kes ada 3 orang dari Pet Shop mana ntah datang borong. Habis Guinea Pig kat sana. Tahi Guinea Pig je yang banyak.

Nak pergi sana, korang contact je lah brader yang jual Guinea Pig tu. Nak nombor contact dia pergi kat Mudah.my, taip je guinea pig area selangor. Bersepah keluar nombor contact dia.

Senang je nak pergi sana. Dari UKM ikut jalan ke Banting. Ikut kanan, pastu ikut kiri jap pastu ikut suka lah nak pergi mana. Selamat mencuba!

Ni gambar-gambar masa kitorang pergi Sungai Buaya, Banting baru ni.

Ni baru sikit je ni. Ada BANYAK lagi Guinea Pig kat sana!

 Cuba tengok yang putih mata merah belakang tu. Macam tikus makmal dah!

Yang ni keciiiikk lagi. Comel gak ni.

Tengok yang ni duk menanti korang datang beli ni!

Ni Syafiq Daud punya. Nama GLAA sebab dia gila. Lompat tak tentu pasal. Mantain comel~

Dua bawah ni Saidah Sumaiyah punya. KIKI & LILI. Tak tau lah yang mana satu KIKI, yang mana satu LILI. Diorang ni kecikkkkkkkkk lagi. Maya, kau bela diorang elok-elok!


Nota Guinea Pig: Dah bertambah lagi manusia yang bela Guinea Pig ni kat UKM. Korang bila lagi? :P

4 comments:

violetless said...

aku geli ouh ngan menatang yang cam tikus..aishhh

░♥si lampu neon♥░ said...

@violetless


weh aku nak beli aaa, aritu aku beli tak gebu..cam tikus je...aku nak beliii bagi detail seket wehh!!

contact aku kat blog or email ek..neorul87@live.com

Nor said...

kt sne de x guinea pig jenis teddy bear? bulu die padat n tebal

Hairul Firdaus said...

bro dorg mmg jual guinea pig eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...