Wednesday, October 6, 2010

Kebaikan hisap rokok | Harga rokok naik!


Salam merepeksematamata. Oh first time cakap salam merepeksematamata (dalam hati). Kan?


Ok ini berita gembira (gembira? SANGAT!) kepada perokok-perkokok tegar diluar sana. Kerajaan menaikkan duti eksais rokok 3 sen sebatang. Berkuat kuasa 1 Oktober lalu (pergh lapuk seyh berita aku!)..

Sekotak rokok 20 batang jumlah cukai dia kira-kira 63 sen. Kalau kira 3 sen sebatang naik kan? So kalau (3 Sen X 20 Batang = 60 Sen) kan? Ok dia naik 63 sen sebab 60 sen tu daripada duti eksais. 3 sen lagi pulak daripada cukai jualan. Ni sumber dari Kementerian Kewangan tau. Kalau aku salah mintak maaf banyak-banyak. Aku budak Ekonomi Pembangunan Sumber Manusia je pun. Pfftt! :P

Kerajaan naikkan kadar duti apa semua ni sebab menyokong Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia. Semua pun nak bagi rakyat sihat ni! HAHAH~

Ok cukup. Macam bosan pulak tetiba. HAHAH.

Kesannya bagaimana? Perokok tegar diluar sana akan hisap rokok apa lepas ni? Rokok daun lah agaknya. HAHA. Sebenarnya kadang-kadang bagus jugak hisap rokok ni kan? Huh?! Bagus?!

Macam ni, tadi masa kat kedai makan aku nampak sorang pelanggan ni nak hisap rokok tapi tak ada lighter. Kebetulan pelayan kedai tu lalu, dia tanya "Ada lighter?". Pelayan tu pun bagi pinjam lighter dia. Pastu pelanggan tu pelawa rokok kat pelayan tu. Haaaaaaaaa! Nampak tak kebaikan dia? Mengeratkan silaturrahim ni. Orang tak kenal pun boleh sapa menyapa sebab rokok tau! HAHA.

Nasihat aku kepada perokok di luar sana, berhentilah hisap rokok. Membazir. Tambahan pulak sebagai student. Harap duit PTPTN nak beli itu ini makan minum pun tak cukup, nak isap rokok pulakk. Huhu. Dah dah. Harga rokok pun dah naik. Berhenti! Berhenti! Tak pun pergi beli rokok elektronik. Orang kata boleh buat korang berhenti merokok. Betul eh?

Nota rokok: Harga MINIMUM jualan rokok lepas ni RM 6.40. Ye ke? Rokok BOLA berapa eh harga? HAHA

8 comments:

Paan Ovrtd said...

Aku pedulik hape harga naik ke apa!!! Aku kaya!!!! Hhahahahahaha!

Privacy_Resident said...

@Paan Ovrtd

Ok kes ko terkecuali sebab ko kaya! HAHA.

aRaN said...

aku isap rokok nusntara murah ckit hahahhaha....

mengurangkan kos dan meningkatkan utliti kakakkkakaka

aRaN said...

nusantara*

L@n@ said...

ermm .. xnampak pun kebaikkan rokok nih .. kalau setakat nak erat silaturahim tu bagi salam pun boleh lagi berkat dan dapat pahala .. just my 2 sen .. jgn ambil hati yer.. hihihi

ShawaL said...

camne ko dpt info sal rokok elektronik nih??klo kte wt projek jual rokok tu leh kaya gk woo...

koru said...

rokok letrik lagi mahal T.T..last tgk kat times square rm 15 4 batang..nak topup tembakaw dalam tu pun rm5..pehh...^^tapi cmbest boleh charge

Anonymous said...

hi!This was a really terrific Topics!
I come from itlay, I was fortunate to discover your website in baidu
Also I learn a lot in your blog really thank your very much i will come every day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...