Thursday, October 7, 2010

Monyet dan UKM?


Monyet ni comel wo. Tak comel ke? Comel la. Tengok jari dia, Kaki dia, tapak tangan dia hampir sama macam KORANG woo. HAHA. Ok ok fine! Hampir sama macam kita. HAHAH~ Kan? Tak caya pergi tengok & bandingkan.

Dalam UKM ni banyak Monyet weh. Macam macam saiz ada. Kecik, sederhana, besar punya, besar gila semua ada. Itulah monyet ni, nak jugak duk belajar dalam UKM. Macam-macam benda diorang dah buat. Selongkar bilik? Curi baju? Seluar? Baju dalam? Seluar dalam? Semua pun nak curi. Dah kunci tingkap pun pandai godek godek bukak! Memang monyet berpelajaran. Maklumlah duduk dalam UKM!!

Curi Pizza jugak!

Lepas curi diorang buat gathering.

Kalau tak banyak tak kan ada group "KAMI BENCI MONYET UKM" kan? Pergi tengok dah ada 714 ahli dah. Semua yang join group tu mesti yang pernah ada kes dengan monyet UKM. Ada yang bilik bersepah dengan budu sampai atas katil lantai semua. Monyet nak makan budu jugak ke? HAHA. Kalkulator pun curik. Stapler? Sellotape? Kain tudung? Tudung Yuna? Tudung Ekin? Selendang? Tudung Ariani? Kau cakap je apa benda monyet UKM ni tak pernah curikk?!

Eleh bajet tutup muka orang tak kenal?!

Tak cukup dengan curi itu ini, monyet UKM ni bertambah gangster bila serang siswi. Sampai ada kes siswi yang patah kaki lari dari monyet monyet gangster ni.

Sampai bila masalah monyet dalam UKM ni nak selesai eh? Jangan sampai jadi macam bawah ni dahlah..



SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia empat hari mati diserang seekor monyet liar di rumahnya berhampiran Happy Garden, Rasah di sini, petang ini.
Bayi yang belum diberi nama itu cedera parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat dicakar dan digigit haiwan itu pada 1.15 tengah hari tadi.


Datuk bayi itu, A Valayutham, 75, berkata cucunya diserang ketika bayi itu berada di ruang tamu rumahnya.


Katanya, ketika kejadian dia berada di dapur, manakala menantunya B Revathy, 28, iaitu ibu bayi itu berada dalam bilik air.


"Pada mulanya saya berada di ruang tamu bersama cucu saya itu. Saya kemudian ke dapur untuk minum, namun apabila menantu saya keluar dari bilik air dapati bayinya tiada dan terdapat kesan darah.


"Menantu saya cemas dan meluru keluar rumah dan mendapati cucu saya berada di luar rumah dengan kesan darah di kepala dan badan. Jiran saya kemudian kejarkan cucu saya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, namun didapati cucu saya meninggal dunia," kata Valayutham. Beliau berkata, monyet liar itu dipercayai memasuki rumahnya melalui pintu depan sebelum ke ruang tamu dan menyerang cucunya.


Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Khairuddin Mohamad berkata, sebaik anggota bomba sampai di tempat kejadian, mereka dapati dua ekor monyet berada di atas pokok di kawasan belukar di situ. "Kita kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara negeri untuk menghantar petugas ke kawasan kejadian untuk tindakan lanjut," katanya.


Anggota Perhilitan kemudian menembak mati seekor daripada monyet itu.-Bernama 

Sumber: myMetro


Dengan yang ni...


Edisi Selatan : Monyet Serang Budak
Harian Metro, 17 Dis 2002

MUAR: Seekor monyet yang bertindak ganas menyerang dan mencederakan dua kanak-kanak lelaki dekat Parit Bakar di sini, ditembak mati selepas usaha menangkapnya gagal, pagi semalam.

Tindakan itu terpaksa dilakukan oleh Perhilitan selepas penduduk Kampung Parit Amal Tengah dekat Parit Bakar di sini, membuat aduan berhubung tindakan ganas monyet berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, dua kanak-kanak lelaki cedera diserang monyet liar itu yang meluru turun dari pokok kelapa dan menyerang mereka yang berada di luar rumah.

Akibat serangan itu, Shahdatul Azmi Bustaman, 9, cedera di kaki, manakala abangnya, Amirul Firdaus, yang cuba membantu menghalau haiwan itu daripada menyerang adiknya, cedera di lengan.

Ketika kejadian, monyet terbabit mulanya berada di atas pokok kelapa berdekatan rumah mereka, sebelum turun secara tiba-tiba dan menyerang Shahdatul Azmi yang dalam perjalanan balik ke rumah.

Menyedari adiknya diserang monyet terbabit, Amirul yang berada dekat pintu rumah mereka keluar membantu tetapi dia turut dicakar oleh haiwan berkenaan yang kemudian melarikan diri.

Ibu kanak-kanak itu, Noridah Abdullah, 35, berkata dia menyedari kejadian itu sebaik saja pulang dari kedai dan mendapati kedua-dua anaknya itu berada dalam kesakitan akibat kecederaan yang dialami mereka.

“Jiran saya kemudian membantu memanggil bomba supaya datang menangkap haiwan itu tetapi apabila mereka sampai, binatang itu segera melarikan diri dan gagal ditangkap.

“Pasukan bomba turut membantu menghantar dua anak saya mendapatkan rawatan akibat kecederaan yang dialami akibat serangan monyet itu dan keadaan mereka tidak membimbangkan.

“Pagi ini, saya nampak monyet itu atas pokok kelapa dekat rumah kami. Saya segera buat aduan kepada Perhilitan Muar yang kemudiannya menghantar dua kakitangannya menembak mati monyet itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Amirul Firdaus berkata, monyet terbabit sebelum ini pernah dibela oleh penduduk di situ, tetapi kemudiannya hidup liar selepas diabaikan oleh pemiliknya.

“Kami tahu monyet itu nakal kerana selama ini sering menceroboh masuk rumah terutama dapur untuk mencuri makanan atau menyergah orang yang mandi di bilik air tetapi dia tidak pernah menyerang.

“Bagaimanapun, haiwan itu bertindak ganas menyerang kami secara tiba-tiba walaupun tidak mengganggunya yang berada di atas pokok,” katanya.

Sumber: myMetro


Alamak aih! Bahaya dah ni. UKM cepat cepat ambik tindakan. Pergi halau itu monyet monyet semua!

Nota Monyet dan UKM: Pernah jugak kena kacau dengan monyet UKM. Haish sungguh monyetlah itu monyet!... -_-"

8 comments:

cikWawa ORKID said...

yg monyet msuk bilik aku lepas mkn jeruk ak smpai abis pndai pulak die tutup bekas tu rapat2 elok2 je..ko x kagum?

Privacy_Resident said...

@cikWawa ORKID
Oih biar benar?? KAGUM GILA. Nak tandatangan monyet tuh!

cikWawa ORKID said...

tu yg wat ak nk gelak tak jadi nk mrah tu..haha..ha nt klau kau murah rezeki dpt la ko sain monyet tu..haha

Privacy_Resident said...

@cikWawa ORKID
Harap harap lah murah rezeki boleh jumpa monyet tu *berdoa

@ku d! sin!e said...

UKM mane yang banyak monyet nih..huhu

koru said...

da korang kacau habitat dia..nak halau plak eh ^^

Privacy_Resident said...

@@ku d! sin!e
UKM Bangi.. Hoho

Privacy_Resident said...

@koru
Ala bukan halau lah. Tangkap & Letak kat zoo ke. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...