Tuesday, October 19, 2010

I Miss U ;(


Dalam entri kali ini, aku akan bahasakan diri aku sebagai I, dan si dia sebagai U.

I sayang U. Kalau ada masa I tangan-tangankan U, I bukan sengaja. I tangan-tangankan pun sebab I sayang U. Kalau I tak usik U seharian memang tak sah kan? I memang macam ni. I ingat U suka bila I usik U hari-hari. Rupanya U tak suka. Maaflah.

U, kenapa tinggal I macam ni? I rindu nak usik U tau. I nak belai U. I suka belai U semahu I. U milik I. Kenapa tinggal I? Maaflah kalau apa yang I dah buat tak senang di mata U. I memang betul-betul tak sengaja.

U, terima kasih bantu I untuk segalanya. Segalanya berkaitan kerja-kerja I. U memang pelengkap hidup I. Pelengkap setiap baris dan kata-kata I. Pelengkap bait-bait kata yang I tulis, yang I taip, yang I buat. I sayang U tau... ;(

U, bila U tak ada. I hidup tak keruan. Nak buat kerja pun payah. U kan pendorong I. Tengoklah bila U tak ada, semua benda yang I nak buat pun tak kena. Laptop ni pun makin payah bagi I. Kenapa U tinggalkan I? Kenapa?!

U, kalau U baca entri ni, I nak U tahu yang I memang tak sengaja nak buat U terluka. I memang tak ada niat pun. Ni semua salah I kan U? I cuai. I tak jaga U sebaiknya. Memang patut kan U tinggalkan I?

Tapi U, I betul-betul nak U tahu. I sayangkan U. I perlukan U. Bukan I je. Laptop ni pun perlukan U. U pelengkap hidup I. Pelengkap Laptop I. I need U my love... ;(

U, sampai bila I dengan laptop I ni perlu hidup tanpa U? Kenapa U tercabut? Susah I nak taip.. ;(


Nota U : Semenjak U tak ada, I segan nak bawak laptop ni jenjalan... ;(

5 comments:

maya.sumaiyah said...

HAHAHAHA.. lawakla entry ko. sengal

Cik Miza said...

mongok lah entyu u nih.. segan nak bawak jejalan ye. hakhakhak

nadey said...

mcm haram..............lawak gile !!!!!!!!!!!!hahahahhaha

diba said...

i dan U sgt tdk boleh dpishkn..haaaa

geeds said...

LMAO~! how sad. pity you. hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...