Wednesday, October 20, 2010

Habis hilang kerja 6 tahun aku!


Keadaan di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Jam pukul 1 pagi. Sunyi. Orang pun berapa ketul je yang tinggal. Tinggal yang rajin-rajin je lah kiranya. :P

Kat PTSL ni plug dia terhad. Ada berapa cinonet je. Dahlah sikit. Ada pulak yang rosak.

Kali ni aku dapat plug yang tak berapa nak betul. Biol sikit plug ni. Sensitif melampau. Bila gerak sikit dia off. Bila sentuh sikit dia off. Haish tension je.

Nak dijadikan cerita ada amoi awek india ni dia nak guna plug. So plug yang aku guna tu ada satu lagi sebelah dia tapi yang tu totally rosak terus. Memang tak boleh guna. Kalau elok tak kan aku nak guna plug yang biol ni. Ye dok?

Pastu dia ni godek godek gedik godek godek golek guling kat plug tu. Aku dah warning dia awal-awal "Amoi, plug tu rosak tak payah nak godek-godek lagi dah, nanti tersentuh plug laptop aku tu. Plug yang aku guna tu dah lah biol"..

Dia wat bodoh pandai je, ingat aku nak tipu kot? Apa faedah aku nak tipu pun tak tahu lah pulak kan? Haish dunia dunia tipu payah jujur pun payah..-_-"

Last sekali, memang betul bagai di kata, memang dia langgar plug laptop aku. Kesimpulannya masa tu aku tak bawak bateri laptop, so mampuslah matilah laptop aku.

Spontan aku jerit, "Hadoiiii!! HABIS HILANG KERJA 6 TAHUN AKU!!"

Amoi India tu lari godek godek kedek kedek. Muka cuak. Kawan-kawan aku bantai gelak. Yelah mana tak gelak? KERJA 6 TAHUN kot? HAHA

Tak lama lepas tu, boyfriend amoi India datang. "Bro, tadi you punya kerja 6 tahun sudah hilang ka? Awek saya cakap sorry sangat sangat"

Haish KERJA 6 TAHUN percaya pulak? Bila aku cakap plug tu rosak taknak percaya? Adoyai adoyai~

Nota Kerja : Study kat UKM 3 tahun pun tak sampai lagi..

5 comments:

maya.sumaiyah said...

haha.. ko kan mutusami. cakap je la bahasa ko tu kat die. mst die paham punye..

cikWawa ORKID said...

baik kau ckp keje dr tadika

atEe said...

HAHA bengong topek.
-.-

eyk@_zuL said...

hahaha...lawak gile ko!
*golek guling2~

nadey said...

bongok la ko...lawak nk mampos!!!!!!!!!!!!!!!!!!1 kalo aku jd amoi india tu aku dh cuak gile,,,,pastu nanges ape lg hahahahah seb baik aku bukan amoi india

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...