Tuesday, October 26, 2010

Masalah printer? Hek Eleh kecik punya hal la!


Aku ada dua printer. Semua pun yang zaman batu punya. Satu HP D2560, satu lagi Canon iP1880. 

Ni HP D2560


 Ni CANON iP1880
Nak dijadikan cerita. Dua-dua pun rosak. Mereka rosak sendiri. Bukan aku yang suruh. Aku pengguna cermat kot. Kalau diorang buat hal aku rileks je. Sekadar lempang-lempang ketuk-ketuk sikit je. Manja-manja orang kata.

So tadi aku pun baiki lah kedua-duanya. Since aku pun memang ada bakat dalam membaiki printer ni. Saja je sebelum ni tak ada masa nak baiki. Godek-godek. Godek-godek. Godek-godek.

Hasilnya, HP D2560 duk dalam tong sampah sekarang dengan ucapan "Selamat Tinggal"!. iP1880 hancur penutup dia dengan kata-kata manja "Padan muka kau!". Hah, cari pasal lagi dengan aku!

Nota Baiki Printer : Aku sedia menerima printer untuk dibaiki. Berminat? Hubungi aku. Anytime.

4 comments:

Seri said...

biasanya kos repair sama mahal dengan beli printer baru

Cik Miza said...

habis madu sepah di buang!

Privacy_Resident said...

@Seri
Sebab tu malas nak baiki dah. lantak dia. HAHAHA

Privacy_Resident said...

@Cik Miza
Sory tak ada madu. Belum kawin pun lagi. HAHA ada kaitan x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...