Sunday, October 24, 2010

Tanda lahir dan Liyana Jasmin


Tanda lahir. Korang tahu tak tanda lahir? Tanda lahir ni merupakan tanda yang ada sejak dilahirkan lagi. Atau mungkin boleh dikatakan sejak dalam perut ibu lagi dah ada dah tanda tu.

Tanda lahir ni boleh ada di mana-mana bahagian tubuh badan. Ada orang yang tanda lahir dia kat tapak tangan. Ada yang tanda lahir kat muka, kepala, badan mahupun di bahagian sulit dan sebagainya.
 
Biasanya, ia juga tidak membahayakan tuan empunya tanda lahir mahupun tok kadi sekampung dengan tuan empunya tanda lahir.

Sekiranya ada tanda lahir yang memudaratkan, bolehlah buang menggunakan kaedah-kaedah yang halal. Ya. Yang halal sahaja.

Orang-orang lama cakap, setiap tanda lahir ni membawa maksud yang tersendiri. Tak boleh percaya sangat kerana ia mungkin membawa kepada khurafat.

************************************************************************************

Aritu teman Liyana Jasmin kat Hospital KL. Kesian dia, dalam wad tu tak ramai budak. Kalau ada pun yang tak sebaya dengan dia, atau pun pakcik makcik yang dah berumur.

Masa aku datang tu, dia duduk termenung, golek sana golek sini. Memang nampak sangat dia bosan tunggu giliran dia diperiksa doktor.

Tak lama lepas tu, ada satu keluarga India masuk. Anak dia sebaya dengan Liyana Jasmin sorang, yang sorang lagi tu tua sikit. Diorang pun budak-budak kan, so sangat cepat dah mula bermain sama-sama. Haiii senangnya bebudak nak berkawan. Orang dewasa sekarang nak tegur menegur pun susah. (Peringatan buat diri sendiri).

 
30 minit lepas tu, Liyana Jasmin datang kat Ummi dia. Aku dengar Liyana Jasmin cakap "Ummi, budak dua orang tu ada tanda lahir la. Jangkit tak Ummi eh?"

 
Ummi dia jawab "Tanda lahir? Kat mana? Tak jangkit la sayang.."

 
Liyana Jasmin spontan cakap "Dia ada tanda lahir warna merah kat sini..." Sambil jari telunjuk dia tunjuk tepat tengah-tengah antara bulu kening..

Itulah tanda lahir merah yang dimaksudkan Liyana Jasmin. 

Nasib baik mak budak tu tak dengar & tengok. Kalau tak...

Mai sini aunty bagi tanda lahir.

Nota Tanda Lahir : Tanda lahir tu satu keistimewaan tau.

3 comments:

nadey said...

sumpah klako gile!!!!!!!! comey wehhhhhhhhh liyana ni ye!!!!!!!! aiiishhhh geram aku

maya.sumaiyah said...

haha. gile lawak. kim slm kat liyana ye.

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..boleh pulak die cakap itu tanda lahir eh..comel betul budak liyana ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...