Sunday, October 24, 2010

Nak order lain.


Ada sorang kawan pergi kedai makan. Dekat Stesen KTM mana ntah dah lupa dia cerita.

Datang sorang makcik nak ambil order.
Makcik : Ya, nak minum apa?

Kawan aku dan kawan kawan : Bla bla bla bla.

Makcik : Ok, makan?

Kawan aku : Saya nak nasi kukus. Ayam bagi bahagian dada ya makcik.

Makcik : Ok. Lain?

Kawan kawan aku : Saya nak nasi kukus gak. Taknak bahagian kepak ya makcik.

Makcik : Ok. Lagi?

Kawan kawan kawan aku : Saya taknak nasi kukus. Saya nak order lain.

Makcik : Ok, nak apa?

Kawan kawan kawan aku : Apa lagi ada ya makcik?

Makcik : Tak ada. Ada nasi kukus je.

Kawan kawan kawan aku : ...............................-_-"

Terpampang besar di luar kedai. "Kedai Nasi Ayam Kukus".

Makcik sengal. Kawan kawan kawan aku pun sengal. Double sengal. Sekian~

Nota nasi ayam kukus: Hari ini tidur peluk itu dua orang budak. Sayang kot.

3 comments:

nadey said...

terbaiklah kwn ko tu !!!!!!!!!!! hahahahahhahahha

Cik Shazie said...

kem slm kt kwn ko, kwn kwn ko & kwn kwn kwn ko! hahahaha

HaMiZah said...

macam kenal je situasi ni. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...