Friday, October 22, 2010

Garang


Garang bagus kalau bertempat. Jangan mula kalau tak berapa nak tepat. Nanti boleh jadi hidup merempat.

Garang emosi. Garang tunjuk belang. Garang sokmo. Garang sekejap-sekejap. Garang tarik muka masam muncung. Garang muka sembab baru bangun tidur. Garang penat. Garang sakit otak. Garang taknak bercakap. Garang tak layan orang. Garang buat kerja sorang-sorang. Garang sungguh-sungguh bukan main-main. Garang.

Tak baik garang selalu. Orang nak kawan pun jadi malu. Garang sangat berkawan dengan si bisu. Cakap tak faham isyarat je yang tahu. Garang garang jugak jangan sampai bercakap pun tak mahu. Garang boleh tapi apa sebab? Biar orang tahu.

Garang sokmo berkawan dengan si pekak. Tak kena gaya, cakap kuat pun kena sepak.

Garang nanti bila kahwin. Silap gaya suami cari lain. Nanti keluar rumah hanya sehelai kain. Jangan sampai rasa diri kena main. 

Garang bagus kerja pun buat. Kerja bersama jangan sorang-sorang buat. Nanti jadi lain semua pun meluat.

Nota garang : Oih ini nama dia Gurindam Jiwaku Garang.. HAHAH! -_-"

3 comments:

maya.sumaiyah said...

sorry~

sharpex said...

aku selalu buat garang muka selepas baru bangun. seronok.

nadey said...

terbaik!!!!!!!!!!!!!!!! aku suke gurindam ko ni! hahhahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...