Friday, October 22, 2010

Liyana Jasmin bukan Liyana Jasmay


Liyana Jasmin. Anak saudara aku yang pertama. Perempuan. Comel budaknya. Lincah bukan main. Kalah superman. Superman lincah kan? Ok sorry lupa pulak dia perempuan. So dia lincah macam Catwoman.

Serius dia comel beb. Nah tengok gambar ni.


Apa? Tak comel!? Ok pergi tengok cermin mungkin yang dalam cermin tu lagi comel. HAHA. Tengok mata dia. Bulat je. Comel kan? Gambar ni nampak dia macam lelaki sebab rambut dia pendek.

Liyana Jasmin membesar macam biasa. Lincah. Debab. Comel. Dan lain lain lagi. Namun, malang tidak berbau tapi tahi berbau... Masa umur dia setahun setengah, aku terperasan yang pupil mata dia seakan hilang. Kosong.Tak kelihatan.

Itu dia pupil. Senang cerita bahagian mata hitam yang kecikkk tu.

Bila pergi check kat Hospital Pekan, diorang suruh pergi Hospital Kuantan, pergi Hospital Kuantan, diorang suruh pergi Hospital Kuala Lumpur.

Then keputusannya.... Liyana Jasmin disahkan menghidap penyakit Barah Mata. Kami satu keluarga terkejut kerbau. Masa tu aku kat Matrik Perlis. Then doktor cakap mata dia kena buang. Ya. Kena buang. Tak sangka weh.

Aku balik cuti, aku tengok Liyana Jasmin dah tak ada mata sebelah. Belah kiri. Ya. Tak ada mata. Nampak something merah-merah je. Ummi dia cakap, tu benda yang macam bebola yang doktor letak untuk permulaan sebelum mata palsu dia sampai. Mata palsu yang sekadar something yang berbentuk mata. Yang kelihatan macam mata. Tapi tak ada fungsi untuk melihat pun.

Ni gambar terbaru. Tadi aku pergi Hospital KL. Dia kena ikut rawatan lanjut.
Nampak tak mata kiri dia?

Sedih weh aku masa tu tengok dia. Tapi dia mana tahu apa. Dia masih macam biasa. Lincah tak macam orang sakit. Aku tak dapat bayang weh macam mana dia besar nanti...

Aku balik cuti lagi sekali, rambut Liyana Jasmin dah gugur sebab dia ikut rawatan kemoterapi (Bahasa Melayu) chemotherapy (English). Rambut dia gugur sikit-sikit. Mula-mula jarang. Lepas tu botak weh. BOTAK. Bertambah sedih aku tengok.

Untuk Kemoterapi tu, dada dia kena bedah sebab nak masukkan something macam tiub untuk doktor cucuk ubat Kemoterapi tu. Dari luar boleh nampak tiub tu timbul pada bahagian dada dia.

Dulu. Sebelum Barah Mata.
 
Tak apa. Kami redha. Ini ujian Allah. Siapa tahu? Budak comel membesar sihat pada mulanya tetiba disahkan menghidap penyakit barah mata.

Sekarang, tiub tu dah buang. Liyana Jasmin teruskan hidup dengan sebelah mata. Semoga Tuhan memberi kekuatan kepadanya untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan macam tu.

Setiap kali aku pandang dia, aku mesti terfikir apalah keadaan dia besar nanti. Macam mana keadaan dia masa sekolah nanti. Harap semuanya ok. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Nota Liyana Jasmin : Doakanlah kehidupan yang selesa buat Liyana Jasmin kelak.. Dan hargailah segala yang ada. Ingat, adanya sihat sebelum datangya sakit. InsyaAllah.

5 comments:

maya.sumaiyah said...

semoga dia tabah seperti tabahnya sumayyah

*wanita pertama mati syahid dlm islam tu. hoho

miSs tEry said...

moga kekurangan itu x menjadikan dia seorang yang lemah...
(kesian sama dia, sedih)
kirim salam sama dia ye En. topex...

nadey said...

insyAllah liyana ni akan jd sorg bdk yg tabah!!! kelemahan tu kdg2 kelebihan...ingt tu...pesan kt die

nn said...

semoga semuanya baik2 saja.

teringat cousin. ada penyakit sama juga. mata belah kiri juga. tapi lelaki. kesian.

++ikhwan zayana++ said...

oo..patot muke dak ni cm muke ko
ngatkan ank mung ke..ank sdare rupenye

hoho..
besar ujian buat die
besar juga ganjaran jika dia bersabar & redha dgn ujian ni.
insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...