Saturday, November 13, 2010

25 random facts (Fakta Rawak) pasal aku.


Oh apa benda ni? Kena tag? Ingat aku rajin ke nak jawab benda ni Afiq? Harap je kau nak belanja aku makan & wayang. Kalau tak, dah lama dah aku buat dekkkk je. Oh lupa, kau nak belanja main snooker, makan secret recipe, shopping segala macam benda bagai sekali kan? Sebab tu aku buat tag kau ni kalau tak jangan haraplah.


25 fakta rawak pasal aku eh? Kalau aku jawab suka tidur dari nombor 1 sampai 25 kau terima tak? Haish kau ni lah...



Nah baca ni 25 fakta rawak pasal aku.


1 . Menyampah & cukup pantang dengan Loud Eaters (Orang makan berbunyi!).
2 . Sayang Mak sudah tentu, lepas tu sayang Steado Deado jugak!
3 . Suka tidur tahap tapir. Tapir pun segan tengok aku kuat tidur sangat.
4 . Tak suka katak hidup. Katak tak hidup (Patung) ada dua ekor. Hah cadar katak pun ada!
5 . Bila nyanyi rock, aku rasa dah rock gila babi dah tapi kawan-kawan cakap aku nyanyi nasyid, Shit!
6 . Pemalu dalam keadaan tertentu. Contoh kalau jumpa mak ayah kawan-kawan, memang aku pemalu/sopan gila sampai kawan-kawan cakap aku dah berubah! Hiargh!
7 . Tetapi biasanya memang peramah. Ringan mulut barangkali?
8 . Susah nak cam muka orang yang aku rapat gila dalam alam maya (facebook etc.) So, sorry tahap tapir kepada sesiapa yang selisih dengan aku tapi aku tak tegur. Aku susah nak cam orang! Kalau korang tegur mesti aku layan. Serius!
9 . Suka makan. Afiq, kau belanja aku makan nanti. Ingat tu!
10. Suka tunggang Cik Tenggiling dengan lucah. Apa ada hal dia motosikal je pun!
11. Suka geletek-geletek geli-geli dengan Cik Sitio. Dia handphone yang cemerlang.
12. Suka warna merah. Jangan cakap aku tiru Redmummy & jangan panggil aku Redmamak pulak!
13. Suka simpan rambut panjang. Bukan sebab stylo mylo ke apa jadah semua, cuma nak tutup dahi luas barangkali?
14. Rendah tapi tak pendek. Kau cakap aku pendek aku sunat kau lapan belas kali lagi nak?
15. Suka jalan-jalan ajaklah pergi mana pun kalau ada duit, tak ada hal, aku ON je!
16. Ambik jurusan ekonomi tapi suka benda-benda berkaitan dengan internet, komputer etc.
17. Suka merepek. Berani lawan merepek dengan aku? Pergi bertapa dulu tujuh belas ratus hari.
18. Sekarang suka gila dengan suara Black Mentor. Dia makan apa eh suara dia jadi macam tu?
19. Tak fluent English. Tapi kalau kau maki aku dalam English, aku boleh balas balik dalam English, France, Mandarin, India semua aku taruk!
20. Suka bilik kemas-kemas tapi tak suka kemas bilik. Orang lain selalu tolong kemas. Terima kasih daun keladi, lain kali kau kemas lagi.
21. Penghidap Hyperhidrosis (Penyakit cepat berpeluh) yang tak kritikal sangat.
22. Anak yatim tapi masih ada mak & ayah.
23. Orang kata aku ensem? Haish tak larat nak tepis dah. Terima je lah. HAHA
24. Boros tapi tak boroi. Ada lah satu or dua pack ni. Pack lain aku derma kat orang.
25. Senang memaafkan, susah melupakan.


Nak kena tag orang lain ke? Bolehlah. Aku tag orang-orang ni. Nak jawab, jawab. Tak nak jawab, jawab jugak.


1. Sharpex > Sharpexmuddy.
2. Yon > Goreng - Goreng ada.
3. Wan > Zuried.
4. Maya > Sshsumaiyah.
5. Bedah > Zubaidah Karim.


Okeh aku nak tidur ni. Mengantuk gila. Afiq nanti jangan lupa belanja makan! Adios!~

7 comments:

AfiQ said...

mak aiiii.. smpai 3 kali ko mention name ak suh blanje makan.. waaaaaa.. mati la ak..ngaaaa.. hahaha

mera zati M.z said...

hahaha padan la muka!

Jey Yusuff said...

jey pon nk bt entry mcm ni la

Post Brooke Satu Kenangan

ALUMNI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN said...

mohon follow blog ni

maya.sumaiyah said...

haiyo. nanti aku rajen aku buat eh. hoho.

nadey said...

akak pon hyperhidrolisis huhuhuhuhuh

[ sHarpEx ] said...

kalo aku wat, ko belanja pizza eh topek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...